Tidak dibenar ziarah kubur kecuali urusan pengebumian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Tidak dibenar ziarah kubur kecuali urusan pengebumian

Urusan jenazah dihad kepada anggota terdekat, tidak lebihi 10 orang | Irsyad yang diterbitkan Pejabat Mufti Muis semalam turut nasihati ahli keluarga memperbanyakkan berdoa bagi almarhum di rumah masing-masing
Apr 11, 2020 | 05:30 AM

ORANG ramai tidak dibenarkan menziarahi kubur Pusara Aman dan Pusara Abadi kecuali untuk urusan pengebumian yang juga dihadkan bilangan orang yang mengiringi ke perkuburan.

Dalam Irsyad dikeluarkan Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, ahli keluarga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa bagi almarhum di rumah masing-masing.

Di bawah akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara), setiap individu pada waktu 'pemutus litar' dari 7 April hingga 4 Mei dikehendaki untuk menetap di rumah masing-masing dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan tempat tinggal mereka bagi menguruskan keperluan penting sahaja.

"Selain daripada pengebumian jenazah, menziarahi kubur sama sekali tidak dibenarkan di bawah rang undang-undang tersebut. Sebagai ganti, ahli keluarga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa bagi almarhum di rumah masing-masing.

"Langkah-langkah yang diperkenalkan ini adalah langkah pencegahan yang amat penting demi memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai dalam membendung penularan wabak ini daripada berterusan,'' ujar irsyad itu yang memberikan panduan bagi pengurusan jenazah menyusuli langkah 'pemutus litar' itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata lawatan ke perkuburan Chua Chu Kang dan tempat penyimpanan abu mayat Mandai tidak dibenarkan kecuali bagi upacara pengebumian.

Dalam irsyad Muis, ia menyatakan segala pengurusan jenazah, termasuk memandikan, mengkafankan, solat jenazah, dan pengkebumian hendaklah hanya dilaksanakan oleh pengurus jenazah bertauliah; dan anggota keluarga yang terdekat dengan almarhum tidak melebihi 10 orang.

Di samping itu, solat jenazah hanya boleh dijalankan di dalam rumah, dengan mematuhi perkara-perkara berikut: mereka yang solat jenazah tidak melebihi 10 individu (tidak termasuk petugas pengurusan jenazah); pastikan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah bersebelahan dan di antara saf.

Dalam keadaan di mana almarhum tidak memiliki ahli keluarga terdekat, ataupun beliau sebelumnya tinggal di rumah tumpangan dan sebagainya, pihak pengurusan jenazah ketika itu perlu menghubungi Masjid Pusara Aman, untuk dilaksanakan solat jenazah di ruang masjid tersebut.

Bagi anggota keluarga yang lain yang tidak dapat menunaikan solat tersebut, mereka boleh menunaikan solat jenazah ghaib.

Jumlah mereka yang mengiring jenazah ke tanah pengebumian tidak boleh melebihi 10 individu daripada ahli keluarga terdekat.

Sekiranya ahli keluarga ingin membaca tahlil setelah selesai pengebumian, pastikan bahawa mereka yang menyertai bacaan tahlil tersebut hanya terdiri daripada anggota keluarga yang tinggal serumah dengan almarhum.

"Anggota keluarga boleh juga meminta seorang ustaz untuk memimpin acara tahlil tersebut secara persidangan video,'' ujar irsyad itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map