Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak gusar ambil vaksin hari ketiga Ramadan

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



USTAZAH Napisah Kuriyah Ahmad tidak berasa bimbang apabila perlu menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 pada hari ketiga Ramadan baru-baru ini, meskipun beliau masih dalam keadaan berpuasa.



Sejurus setelah mengambil vaksin Pfizer-BioNTech itu di Kelab Masyarakat Hougang, beliau memantau keadaannya dan mendapati dirinya berasa sihat dan tidak mengalami kesan sampingan.



Bahkan, guru berusia 69 tahun itu masih mampu memandu kereta sendiri setelah menerima vaksin tersebut.



"Saya tidak bimbang. Semasa sahur sebelum pergi vaksin saya cuma minum air lebih sedikit.



"Selepas dapat dos kedua itu, saya tengok keadaan. Alhamdulillah tak ada apa-apa, jadi saya teruskan puasa. Esoknya juga saya berpuasa," kata Ustazah Napisah.



Apabila menerima suntikan vaksin pertama beberapa minggu sebelum itu, beliau akur berasa penat, tetapi sembuh setelah berehat.



Menurut laman Kementerian Kesihatan (MOH), vaksin selamat untuk digunakan tetapi individu mungkin mengalami kesan sampingan biasa, sama seperti yang dilihat dalam vaksin lain.



Mereka yang mengalami sakit atau lebam di tempat suntikan, menghadapi demam, seram sejuk atau sakit kepala, otot atau sendi-sendi, dinasihatkan untuk mengambil pil paracetamol.



Hingga 6 April lalu, lebih 1,130,000 penduduk di Singapura telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19, dengan lebih 535,000 pula telah melengkapkan suntikan vaksin mereka.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebelum ini juga memaklumkan bahawa lebih 600 kakitangan dari madrasah di Singapura telah diundang untuk menerima vaksinasi Covid-19.



Ustazah Napisah, yang mempunyai lebih 20 tahun mengajar di madrasah masjid dan kini mengajar secara bebas, menyahut gesaan untuk menjalani vaksin.



"Ini tanggungjawab kita untuk melindungi bukan sahaja diri kita sendiri bahkan keluarga dan orang di sekeliling kita.. kerana sebagai asatizah yang mengajar secara bebas, kita keluar menghadap orang, dan bersemuka dengan pelajar," ujar Ustazah Napisah.



Dengan lebih ramai yang menjalani vaksin ini, Ustazah Napisah berharap kehidupan akan beransur-ansur menjadi lebih biasa.



Beliau juga berharap sempadan dapat dibuka dengan selamat nanti, sedang seorang anak perempuannya kini sedang menetap di Australia.



"Harap-harap kehidupan akan jadi seperti biasa nanti.



"Jadi, kita pun kena kerjasama dengan pemerintah. Ini tanggungjawab kita, untuk menjaga keselamatan semua," ujar beliau, yang mempunyai empat anak dan 16 cucu.



Pejabat Mufti sebelum ini turut menggalak mereka yang layak menerima vaksin supaya tidak berlengah, dan tidak perlu tunggu selepas Ramadan untuk melakukannya.



Ini kerana setiap anggota masyarakat mempunyai peranan untuk dimainkan, tambah Pejabat Mufti.



"Kami juga ingin menggalak semua yang layak agar mendapat vaksin secepat mungkin.



"Memandangkan vaksin Covid-19 tidak menjejas puasa seseorang, adalah tidak perlu untuk menantikan sehingga selepas Ramadan untuk melakukan demikian," kata Pejabat Mufti sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >