Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

'Tidak jatuh miskin apabila bersedekah'

Sempena sambutan ulang tahun Tabung Amal Aidilfitri yang ke-30 awal bulan ini, badan tersebut telah mengiktiraf dermawan yang sudah banyak menyumbang kepada badan itu, menerusi Anugerah Permata Budi. BERITA HARIAN telah mewawancara dua penerima anugerah itu untuk mengetahui lebih mendalam motivasi mereka untuk menghulurkan bantuan.
Sep 29, 2022 | 05:30 AM



MENYUMBANG kembali kepada masyarakat telah lama menjadi pegangan hidup pengarah bersama syarikat Marine & Offshore Integrated Logistics Pte Ltd, Encik Mohamed Ali Abdul Gafoor.



Ia memberi kepuasan kepadanya kerana beliau mengetahui sumbangannya itu bukan sahaja membawa keceriaan tetapi juga boleh membawa perubahan kepada golongan yang memerlukan.



Atas kesedaran itu, Encik Mohamed Ali telah menderma kepada Tabung Amal Aidilfitri sejak 2008.



"Saya mula menonton acara tahunan TAA di televisyen. Dari situ ia menarik minat saya untuk turut serta menyokong TAA dalam kempen mereka untuk membantu mereka yang mengalami kesusahan dan golongan yang memerlukan," ujar beliau kepada Berita Harian.



Sepanjang 14 tahun ini, beliau telah menyumbang lebih $250,000 kepada TAA.



Apabila ditanya apakah motivasinya untuk menderma, Encik Ali berkata:



"Motivasi utama saya adalah untuk melihat mereka yang susah dan memerlukan dapat keluar daripada lingkaran kesusahan. Dalam pada itu, saya juga mahu menyumbang kembali kepada masyarakat dengan membantu mereka yang memerlukan."



Oleh kerana beliau dalam bidang perniagaan, Encik Ali telah memanfaatkan program tanggungjawab sosial korporat syarikatnya untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.



Baru-baru ini, semasa majlis makan malam ulang tahun ke-30 TAA, Encik Ali merupakan antara dua penerima yang dianugerahkan Anugerah Permata Budi.



Anugerah itu adalah satu pengiktirafan bagi dermawan yang telah banyak membantu TAA.



"Saya tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah mahupun pengiktirafan ke atas sumbangan yang diberikan.



"Walau bagaimanapun, saya sangat berbesar hati dan terharu menerima pengiktirafan ini. Ia membuatkan kami (syarikat) lebih teguh dan bersemangat untuk terus menyumbang dan membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan," kata Encik Ali.



Bertanya mengapa Encik Ali memilih untuk membantu TAA, beliau menjawab:



"TAA mengagihkan sumbangan yang diterima kepada mereka yang susah dan memerlukan menjelang Aidilfitri, waktu yang sangat bermakna untuk setiap anggota masyarakat kita.



"Melalui pengagihan ini, ia dapat sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada yang memerlukan untuk turut menyambut Aidilfitri bersama."



Berkongsi prinsip kehidupannya, Encik Ali percaya bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab membantu orang lain dalam kesusahan dan memerlukan.



Beliau percaya pada prinsip bahawa kita tidak akan jatuh miskin terutama apabila kita membantu mereka yang memerlukan, katanya.



"Jangan bandingkan sumbangan yang ingin didermakan jika ia akan melemahkan semangat untuk menderma.



"Tiada sumbangan yang terlalu kecil ataupun besar, sumbanglah apa yang mampu atau terdaya. Setiap sumbangan bila sudah dikumpulkan akan menjadi besar dan ia dapat membantu lebih ramai yang memerlukan lagi," nasihat beliau.



Meluahkan harapannya, beliau harap semoga masyarakat Melayu dapat terus membantu satu sama lain dan dapat merubah kehidupan mereka.



"Antara lain, saya juga benar-benar harap lebih ramai lagi, terutama daripada golongan korporat dapat menyumbang kepada TAA melalui program tanggungjawab sosial korporat."




"Saya mula menonton acara tahunan TAA di televisyen. Dari situ ia menarik minat saya untuk turut serta menyokong TAA dalam kempen mereka untuk membantu mereka yang mengalami kesusahan dan golongan yang memerlukan."
- Encik Mohamed Ali Abdul Gafoor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >