MESKIPUN perlu mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sekali lagi, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Cik Nur Shafiqah Mohamed Malik, 26 tahun.
Beliau, yang sebelum ini meraih sijil Nitec Tinggi dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada ITE Bishan selepas mengikuti pengajian selama dua tahun, sanggup kembali ke ITE Kolej Timur bagi mengikuti kursus baru yang diminatinya iaitu berkaitan kejururawatan.