Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura: KEKUATAN NEGARA KITA

Tidak lagi di balik tabir, SGT3 Syahkir bangga tampil di atas pentas

Pertunjukan Pertahanan Mutlak (TDD) kembali ke Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini dan dibahagikan kepada dua iaitu 'Mempertahankan Singapura Kita,' dan 'Menjaga Keamanan Singapura Bersama.' Segmen pertama mengetengahkan peranan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam usaha melindungi kedaulatan dan perlembagaan negara selain mempamerkan pelbagai aset teknologi tinggi oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). Segmen kedua pertunjukan itu pula memaparkan respons rentas agensi bagi menangani pelbagai senario daripada melawan api, menjaga keselamatan dan operasi cegah pengganasan.
Aug 10, 2022 | 05:30 AM



KALI terakhir Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara fizikal diadakan pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda, Teknisyen Perubatan Cemas (EMT) Sarjan Tiga (SGT3) Muhammad Syahkir Shahar dikerah bagi tugas di balik tabir.



Dari lokasinya di bawah tempat duduk Pentas Terapung Marina Bay, SGT3 Syahkir hanya mampu menyaksikan perbarisan tersebut berlangsung sambil beliau bersiap siaga menangani keadaan cemas jika ia berlaku.



Namun, tahun ini beliau tidak lagi di balik tabir.



SGT3 Syahkir, 25 tahun, akan membuat persembahan mengendalikan ancaman bahan berbahaya (Hazmat) semasa NDP tahun ini.



Ia adalah sebahagian elemen Pertunjukan Pertahanan Mutlak (TDD), yang mana tempat acara itu akan 'diserang' pengganas dan satu kebakaran akan berlaku menyusuli serangan itu.



Kesan kejadian itu meninggalkan bahan Hazmat yang kemudian terdedah kepada udara.



SGT3 Syahkir akan mengendali kebakaran tersebut dengan menggunakan Mesin Pemadam Api Tanpa Pemandu (UFM), SCDF.



Menurutnya, penglibatannya dalam NDP amat istimewa kerana beliau juga baru sahaja menerima zuriat pertamanya sekitar sebulan lalu.



"Boleh saya tunjukkan anak saya nanti, ayah jadi 'hero'," katanya berseloroh.



Beliau menambah:



"Dalam pertunjukkan itu, saya adalah penggerak balas pertama kejadian itu dan saya akan mengendali kebakaran tersebut dengan UFM.



"Selepas kami dapat memadamkan kebakaran itu, pasukan lain dan spesialis Hazmat akan mengendali keluaran bahan merbahaya itu melalui asapnya.



SGT3 Syahkir berkata beliau tidak sabar merasakan suasana ghairah daripada penonton NDP ketika beliau berada di pentas.



"Saya amat berbangga dapat menunjukkan apa yang SCDF lakukan setiap hari bagi keselamatan negara kita," kata beliau lagi.



UFM, dilancarkan April 2014 dan dinaik taraf pada 2015, adalah sebuah unit melawan api yang dikendali secara berasingan menggunakan perkakas bagi mengawal kenderaan itu.



Ia dicipta untuk beroperasi dalam sekitaran bahang tinggi dan merbahaya.



Dilengkapi sebuah 'kipas' aliran udara paras tinggi, ia berupaya menyediakan pengalihan udara di tempat kejadian yang dipenuhi asap atau mengeluarkan wap atau jet air atau buihan untuk memadamkan api.



SGT3 Syahkir, yang bertugas di Balai Bomba Kallang, berkata penyertaannya di NDP tidak mengecualikannya daripada tugas aktifnya.



"Jika saya ada latihan NDP semasa waktu bertugas, ada pegawai lain yang menggantikan saya dan selepas latihan saya perlu kembali ke balai.



"Kalau latihan NDP jatuh pada hari cuti, esok hari pun saya harus bekerja.



"Namun, dengan sokongan dari rakan kerja dan para penyelia, saya berbesar hati mereka faham kepada keadaan saya dan memberi saya rehat jika perlu," jelasnya.




"Dalam pertunjukkan itu, saya adalah penggerak balas pertama kejadian itu dan saya akan mengendali kebakaran tersebut dengan UFM.

Selepas kami dapat memadamkan kebakaran itu, pasukan lain dan spesialis Hazmat akan mengendali keluaran bahan merbahaya itu melalui asapnya.

Saya amat berbangga dapat menunjukkan apa yang SCDF lakukan setiap hari bagi keselamatan negara kita."

- (SGT3) Muhammad Syahkir Shahar.




SEKITAR NDP



"Dalam tempoh yang singkat sekitar dua minit, terdapat pelbagai acara diadakan serentak, jadi adalah penting bagi semua petugas yang terlibat untuk membiasakan diri kami dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing."
- Mejar Daniel Goh, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >