Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tidak lagi perlu pinjam komputer

800 pelajar famili kurang mampu dapat laptop sumbangan projek Persatuan Komputer SG
Sep 26, 2020 | 05:30 AM



DALAM keadaan pandemik koronavirus Covid-19 ini, Nurul Amira Natasya Sadali perlu membuat kerja sekolah dalam talian.



Oleh itu, murid darjah lima Sekolah Rendah Boon Lay Garden ini perlukan sebuah komputer riba, atau laptop - sesuatu yang dia tidak miliki.



Terpaksalah murid daripada keluarga kurang berkemampuan ini menggunakan komputer riba yang dipinjam daripada sekolahnya beberapa bulan.



Namun kini dengan derma daripada Persatuan Komputer Singapura (SCS), Amira gembira tidak perlu meminjam lagi kerana dia telah mendapat sebuah komputer riba baru miliknya sendiri.



Bantuan itu sebahagian daripada usaha SCS menderma komputer riba percuma kepada 800 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, melalui projek PC For Good, satu inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan sokongan Temasek Trust dana oscar@sg.



Dana sebanyak $200,000 berjaya dikumpulkan untuk projek tersebut.



"Covid-19 telah mengubah gaya hidup harian saya dan saya harus belajar membuat kerja sekolah dari rumah, dan ia agak sukar bagi saya.



"Saya mendapat tahu mengenai program bantuan itu daripada guru sekolah dan saya buat permohonan.



"Saya gembira dan ghairah menerima komputer riba baru ini.



"Tentu sekali saya lebih terdorong untuk bekerja keras.



"Sekarang mudah untuk saya membuat kerja rumah yang diberi guru dalam talian. Saya juga boleh selesaikan projek saya dengan lebih cepat tanpa rasa bimbang tidak sempat menghabiskannya di sekolah," ujar Amira.



SCS juga telah membentuk sebuah pasukan perkhidmatan sokongan sukarelawan teknologi maklumat (IT) bagi membantu mereka yang kurang berpengetahuan agar dapat menfaatkan penggunaan digital dan video bagi keperluan hidup hari ini.



Ketua Eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong, berkata: "Dengan kelaziman baru yang disebabkan virus Covid-19, pendigitalan amat penting dan ini adalah satu peluang bagi kita memperbaiki kehidupan orang lain.



"Saya sangat berbesar hati melihat rakan kongsi industri ini, seperti SCS, tampil dan menyokong usaha kami dan memastikan bahawa semua orang ada peluang dalam alam pendigitalan di Singapura."



Presiden SCS, Dr Chong Yoke Sin, mengucapkan terima kasih kepada semua penderma, ahli, rakan, saudara-mara dan penaja korporat bagi derma mereka yang menjayakan projek itu.




Covid-19 telah mengubah gaya hidup harian saya dan saya harus belajar membuat kerja sekolah dari rumah, dan ia agak sukar bagi saya (kerana tiada komputer riba). Saya gembira dan ghairah menerima komputer riba baru ini. Tentu sekali saya lebih terdorong untuk bekerja keras. Sekarang mudah untuk saya membuat kerja rumah yang diberi guru dalam talian. Saya juga boleh selesaikan projek saya dengan lebih cepat tanpa rasa bimbang tidak sempat menghabiskannya di sekolah.
- Nurul Amira Natasya Sadali, yang mendapat sebuah komputer riba di bawah projek 'PC For Good' Persatuan Komputer Singapura (SCS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >