Tidak layak masuk universiti lebih 20 tahun lalu...
Kini peluang lebih cerah
Jun 04, 2016 | 05:30 AM
RASA hampa pernah memenuhi benak teknisyen pesawat bertauliah, Encik Mohamad Fahmi Salim, apabila permohonannya ke Universiti Nasional Singapura (NUS) lebih dua dekad lalu ditolak.
Beliau hilang minat meneruskan pengajiannya ke menara gading dengan fokusnya lebih tertumpu pada kerjaya sebagai teknisyen yang dibinanya di ST Aerospace disusuli dengan SIA Engineering Company.