Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Guru pencinta bahasa Melayu

Tidak mahu berhenti pertingkat ilmu, kini buru ijazah PhD
Dec 16, 2020 | 05:30 AM



Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). Agab bertujuan mengiktiraf guru bahasa Melayu yang cemerlang, menggalak dan meningkatkan penggunaan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Anugerah diberikan dalam dua kategori - Teladan dan Perangsang. Seramai lapan guru merupakan finalis penerima Agab tahun ini. BERITA HARIAN mengetengahkan lima lagi finalis menjelang majlis penyampaian Agab pada 19 Disember nanti.




SEDANG beliau menghabiskan hari-harinya mendidik pelajarnya, Cik Nuraini Ismail tidak pernah menolak tepi pendidikannya sendiri.



Meskipun sudah berpengalaman hampir 25 tahun mengajar bahasa Melayu, beliau tiada niat berhenti mempertingkat ilmu dan kemahirannya. Terkini, beliau sedang menghabiskan pengajian bagi ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Sains Kemanusiaan dan Kesusasteraan di Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS).



Cik Nuraini, yang kini mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Cedar, merupakan antara calon penerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini bagi kategori Teladan.



Lapan guru telah dipilih sebagai finalis bagi dua kategori Agab - Teladan (guru yang berkhidmat lebih 10 tahun) dan Perangsang (guru yang berkhidmat kurang 10 tahun).



Dalam wawancara bersama akhbar ini, Cik Nuraini, 50 tahun, berkata minatnya dalam bahasa Melayu dipupuk sejak beliau di sekolah rendah lagi.



Semasa mengambil mata pelajaran sastera Melayu pada peringkat Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' pula, beliau telah didedahkan kepada beberapa tokoh sastera yang gemilang dan karya-karya mereka.



"Rasa cinta akan bahasa dan budaya Melayu menyebabkan saya kekal bertahan menjadi guru bahasa Melayu.



"Minat saya dalam mengajar bahasa Melayu diperkukuh apabila saya berinteraksi dengan pelajar-pelajar bahasa Melayu.



"Saya terus bertahan dalam kerjaya ini kerana saya beriltizam untuk mempertingkat status bahasa Melayu," ujar beliau.



Pun begitu, tugasnya bukan tanpa cabaran.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Nuraini, yang mula mengajar di sebuah sekolah menengah di Bukit Panjang selama lebih 10 tahun dan menyandang jawatan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar di sana, berkata:



"Sebagai seorang guru bahasa Melayu... di sebuah sekolah kejiranan, cabaran utama ialah pemupukan dan pembentukan sahsiah pelajar.



"Pembelajaran bahasa Melayu bukan satu masalah yang hebat kerana itulah satu-satunya mata pelajaran yang kebanyakan daripada mereka lulus dengan baik.



"Cabaran saya yang utama ketika itu adalah untuk memupuk keperibadian pelajar Melayu supaya tekal, berdisiplin dan berpandangan jauh."



Namun, cabaran bertukar corak apabila mengajar di sekolah perempuan di mana pelajarnya mempunyai kebolehan dan bermotivasi tinggi, kata Cik Nuraini, yang turut menyandang jawatan Ketua Peringkat di Sekolah Menengah Perempuan Cedar.



"Cabaran saya di sini lebih kepada bagaimana untuk meningkatkan status bahasa Melayu supaya dapat dianggap sebagai satu bahasa yang relevan, ampuh dan boleh digunapakai untuk (pelajar) bersaing dalam dunia pekerjaan nanti.



"Cabaran saya adalah untuk menanam benih-benih cinta bahasa dan budaya Melayu, merealisasikan peranan bahasa Melayu sejajar dengan kerelevanannya dalam dunia yang semakin mencabar dan merasionalisasikan status bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa yang ada di rantau ini," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >