Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KUOTA VTL DIPULIHKAN

Tidak mahu lepas peluang temui keluarga selepas berpisah 2 tahun

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SUDAH dua tahun, Cik Noor Fazilah Mohd Damin, 48 tahun, tidak berjumpa dengan ibu bapa serta adik-beradiknya yang tinggal di Kota Tinggi, Johor.



Ibu dua anak ini telah cuba mendapatkan tiket bas melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Singapura dengan Malaysia sebelum ini tetapi tidak berhasil.



Namun selepas pemerintah mengumumkan bahawa kuota penjualan tiket bas yang sebelum ini dikurangkan sebanyak 50 peratus dikembalikan seperti sedia kala, penduduk tetap Singapura ini tidak mahu melepaskan peluang dan cuba mendapatkan tiket sebaik penjualan dibuka kepada orang awam.



"Kami menggunakan beberapa alat digital dan memerlukan beberapa percubaan dengan menukar tarikh keberangkatan dengan harapan mendapat satu tiket untuk saya balik kampung. Alhamdulillah, saya akan berangkat pulang esok," ujar guru senaman yoga bebas ini yang tidak sabar bertemu dengan ibu bapanya yang masing-masing berusia 78 tahun dan 80 tahun.



Beliau membeli tiket itu pada harga $15 bagi perjalanan sehala dari Queen Street, Singapura ke Larkin Sentral, Johor Bahru.



Beliau, bagaimanapun tidak dapat membeli tiket bas balik.



Justeru untuk pulang sekitar sebulan kemudian, beliau telahpun terlebih dahulu membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura berharga sekitar $170.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), bilangan kuota dikembalikan seperti sedia kala kerana kes import kini tidak mungkin akan menjejas trajektori kes tempatan.



Dalam pada itu, langkah sempadan bagi VTL darat juga akan diperkemas.



Dalam satu mesyuarat baru-baru ini Majlis Pemulihan Negara (MPN) Malaysia bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac depan.



Bagaimanapun, menurut Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.



Meskipun demikian, Cik Noor Fazilah berkata peluang kembali ke tanah air itu sesuatu yang sudah lama dinantikannya.



"Saya agak khuatir juga jika saya dijangkiti virus Covid-19 semasa perjalanan dan membawanya kembali ke kampung atau semasa saya di sana, saya dijangkiti. Tetapi insya-Allah dengan vaksinasi dan pemeriksaan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), virus itu mudah dikesan dan langkah perlindungan boleh diambil dengan segera," katanya lagi.



Sehingga 16 Februari lalu, sekitar 80,000 pengunjung dari Malaysia telah memasuki Singapura melalui VTL darat.



Kementerian Pengangkutan Malaysia pula berkata sehingga 14 Februari, sejumlah 171,583 pengunjung dari Singapura telah menggunakan kedua-dua VTL darat dan udara untuk memasuki Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >