Tidak mudah sediakan 'funpack' NDP
Jul 12, 2016 | 05:30 AM
PADA Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, terdapat sebanyak 300,000 beg cenderahati atau funpack yang dibungkus oleh seramai 280 askar daripada Angkatan Tentera Batalion ke-5 Singapura, Rejimen Infantri Singapura (5 SIR).
Proses membungkus funpack tersebut dijangka mengambil masa sepanjang 19 hari.