Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak pakai pelitup: Warga Britain dijel enam minggu

Wanita tidak pakai pelitup dalam mahkamah ditahan lepas enggan patuh arahan hakim agar keluar
Aug 19, 2021 | 05:30 AM



WARGA Britain yang dirakam video tidak memakai pelitup semasa menaiki MRT Mei lalu didapati bersalah bagi semua empat tuduhan dan dihukum penjara enam minggu semalam.



Hukuman ke atas Benjamin Glynn dikebelakangkan ke 19 Julai, ketika dia kali pertama direman.



Hakim Daerah Eddy Tham mendapati Glynn bersalah bagi dua tuduhan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 dan tuduhan mengganggu dan menyebabkan gangguan awam.



Semasa perbicaraan, pegawai polis yang menangkap Glynn berkata dia melawan semasa ditangkap. Inspektor Chee Xiu Quan juga berkata Glynn memberitahu pegawai polis Covid-19 tipu helah semata-mata.



Beliau berkata Glynn memberitahu seorang pegawai polis vaksin Covid-19 boleh memudaratkan kesihatan manusia. Glynn juga mendakwa seorang rakannya dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) selepas divaksin.



Glynn, 40 tahun, tidak diwakili peguam.



Awal dari itu, dia didapati tidak mempunyai masalah mental dan dalam keadaan sihat menyusuli pengawasan psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Glynn mengaku berdaulat dan berkata tuduhan yang dihadapinya tidak berkuasa ke atas dirinya.



Dia ditahan reman sejak ikat jamin $5,000 ditarik balik pada 19 Julai.



Glynn tidak memakai pelitup semasa menaiki MRT dari stesen Raffles Place ke stesen Holland Village antara 11.06 malam dengan 11.31 malam pada 7 Mei.



Ketika itu dia dikatakan menganggu awam dengan berkata: "Saya tidak akan memakai pelitup."



Pada 9 Mei, dia berada di tingkat satu lobi lif di kondominium Allsworth Park di Holland Road sekitar 12.30 pagi apabila dia menggunakan perkataan mengancam semasa bercakap bersama Inspektor Chee dan Penolong Superintenden Alvin Quek Chin Han.



Sekitar 10 minit selepas perbicaraan dimulakan semalam, seorang wanita yang duduk di galeri dilihat tidak memakai pelitup. Apabila pegawai keselamatan dalam mahkamah menghampirinya, wanita itu berkata pelitupnya koyak dan mereka tidak mempunyai kontrak dengannya.



Wanita itu enggan patuh apabila Hakim Tham mengarahkannya meninggalkan mahkamah sebaliknya beliau berkata perbicaraan itu diadakan di "mahkamah kangaru".



Mahkamah menangguh perbicaraan dan prosiding disambung selepas wanita itu diiringi keluar. Beliau tidak kembali ke mahkamah.



Pegawai penyiasat Staf Sarjan Kanan (SSS) Amirudin Nordin juga memberi keterangan, dan semasa pemeriksaan balas, Glynn memberitahu beliau: "Usaha siasatan hebat... Sherlock Holmes akan bangga."



Hakim Tham kemudian memberitahu Glynn jangan membuat komen tidak perlu.



Glynn juga berkata penangkapannya tidak mengikut undang-undang. Apabila ditanya, SSS Amirudin berkata seseorang yang menyebabkan gangguan boleh ditangkap atas kesalahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >