Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Tidak pakai pelitup: Warga Britain dituduh halang polis auksiliari jalankan tugas

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG warga Britain yang dikatakan tidak memakai pelitup di tempat awam dalam tiga kejadian berasingan di tengah-tengah pandemik ini, kini dituduh enggan mematuhi arahan memakai pelitup oleh seorang pegawai polis auksiliari ketika hadir di bangunan Mahkamah Negara di Havelock Square bulan lalu.



Philip Richard Mockridge didakwa semalam menghalang dengan sengaja seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.



Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 54 tahun itu dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 8.48 pagi pada 11 Januari.



Dia kini berhadapan empat tuduhan, setelah dikenakan tiga tuduhan sebelum ini di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara).



Mockridge dituduh gagal memakai pelitup di stesen MRT Sengkang sekitar 10.15 malam pada 26 November 2020.



Dia didakwa gagal memakai pelitup sekali lagi di MRT Serangoon sekitar 11 malam pada 19 Disember tahun itu. Mockridge didakwa melakukan kesalahan sama di City Square Mall di Kitchener Road, berdekatan Little India, pada 8.47 malam 16 Mei tahun lalu.



Ikat jaminnya ditetapkan $15,000 semalam dan persidangan praperbicaraannya akan diadakan pada 25 Februari.



Bagi setiap dakwaan di bawah akta itu, pesalah kali pertama boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan denda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000.



Bagi menghalang dengan sengaja penjawat awam menjalankan tugasnya, pesalah boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda hingga $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >