PANDEMIK Covid-19 telah meragut peluang bagi beliau untuk belajar bersama-sama dengan rakannya secara fizikal.
Sebaliknya, pembelajaran perlu dipindahkan ke dalam talian lantas membuatkan ia lebih sukar bagi Muhammad Zaki Awwab Idham untuk menumpukan perhatian dan terus mengekalkan semangat.
Justeru, apabila namanya diumumkan sebagai pelajar terbaik peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) di sekolahnya pada Selasa (3 Jan), pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu terperanjat kerana tidak menyangka akan meraih keputusan cemerlang.
Pelajar berusia 18 tahun itu meluahkan kesyukuran kerana keputusan yang dicapainya, iaitu 42 mata daripada markah penuh 45 mata, telah melebihi jangkaannya.
Beliau merupakan antara 19 pelajar Madrasah Aljunied yang menduduki peperiksaan itu dan lulus dengan keputusan purata madrasah iaitu 36.05 mata.
Markah purata itu lebih tinggi berbanding keputusan global purata sebanyak 30.91 mata.
Sementara itu, pelajar Singapura secara keseluruhan berjaya mencatat prestasi lebih baik berbanding pelajar lain di peringkat global dengan keputusan purata 39.48.
Hampir separuh pelajar yang meraih markah sempurna di serata dunia – 55 daripada 120 – adalah dari Singapura.
Zaki mengaitkan kejayaannya dengan sokongan yang diberi ibu bapa, guru serta rakan sepanjang perjalanan yang disifatkannya sebagai “jauh dan mencabar” itu.
“Keluarga saya memainkan peranan yang besar. Saya ingin membanggakan mereka kerana mereka telah melakukan yang banyak untuk saya.
“Dan guru-guru juga, melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh membuatkan saya seolah-olah terhutang budi dengan mereka. Mereka berhak mendapatkan yang terbaik daripada saya,” ujarnya.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Tidak patah semangat belajar secara dalam talian, pelajar Madrasah Aljunied lulus cemerlang IB
Jan 03, 2023 | 09:05 PM