Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT ‘N’

Tidak patah semangat walau belajar dalam suasana mencabar

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN terpaksa berpindah-randah rumah lebih lima kali dalam masa 10 tahun dan tiada rumah sendiri, Muhammad Ahnaf Rostam, 16 tahun, tidak pernah membiarkan kehidupan yang mencabar mematahkan semangatnya.



Pelajar Sekolah Menengah Yuhua di Jurong West itu yang menetap di rumah datuk neneknya sejak tahun ini selepas berpindah dari flat sewa dengan bapa dan dua adik perempuannya, berusaha melakukan yang terbaik di sekolah meskipun dengan suasana rumah yang kurang menyokong.



Malahan, Muhammad Ahnaf yang menuntut dalam menengah empat aliran Normal (Teknikal), merupakan inspirasi kepada ramai pelajar kerana ciri kepimpinannya yang menyerlah.



Anak sulung tiga beradik itu menyandang peranan sebagai pegawai waran, iaitu pegawai tertinggi dalam Kor Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC) di sekolahnya itu serta berperanan sebagai ketua kegiatan kokurikular (CCA), yang menyelaras semua kumpulan berseragam di sekolahnya.



Semasa dihubungi, Muhammad Ahnaf berkata apa yang membakar semangatnya untuk terus berusaha dan bersungguh-sungguh dalam pelajarannya adalah galakan oleh guru, rakan-rakan rapat dan ibu saudaranya.



"Di sekolah, guru-guru sering memberi saya motivasi dan keyakinan untuk saya mencuba yang terbaik dalam pelajaran.



"Mereka mengenal pasti dan yakin dengan kebolehan dan kemampuan saya dan akan selalu menggalak saya untuk melakukan yang terbaik.



"Inilah yang membuat saya lebih berazam untuk cemerlang," ujar beliau.



"Tetapi, individu yang merupakan contoh dan inspirasi bagi diri saya ialah ibu saudara saya, Cik Aisha Aziz.



"Beliau banyak membesarkan dan menjaga saya sejak saya berusia enam tahun apabila ibu bapa bercerai.



"Saya menganggap beliau sebagai ibu saya, yang menjadi tempat saya meluahkan masalah dan berkongsi pendapat. Beliau juga tidak putus-putus memberi nasihat dan kata-kata motivasi kepada saya.



"Beliau selalu pesan agar bijak memilih kawan dan mengingatkan saya untuk memikirkan tentang masa depan yang cerah," tambah Muhammad Ahnaf.



Selain itu, beliau turut mendapat dorongan daripada rakan sekolah lebih tua dalam pasukan NCDCC, yang telah membantunya mengembangkan potensinya dalam CCA.



Muhammad Ahnaf menceritakan bahawa adalah mencabar untuk memberi tumpuan pada kerja sekolah semasa di rumah kerana tidak mempunyai ruang peribadi sendiri.



"Disebabkan ini, saya banyak meluangkan masa di sekolah. Saya akan pastikan kerja sekolah diselesaikan sebelum pulang ke rumah.



"Kadangkala saya akan membuat kerja sekolah di kantin atau di bilik darjah selepas semua orang sudah pulang," kongsinya yang meraih kelulusan dalam lima mata pelajaran.



Nasihatnya kepada rakan sebaya yang mengharungi pengalaman serupa, Muhammad Ahnaf menasihatkan agar tidak mudah putus asa.



"Jika anda menghadapi keadaan serupa, saya amat memahaminya. Tetapi kita harus maju dalam hidup dan perlu menangani masalah dengan bijak.



"Cari rakan yang boleh beri sokongan, kuatkan diri dan banyak bersabar.



"Bagi saya, saya percaya pada kebolehan saya dan ini didorong oleh guru-guru yang amat percaya pada potensi saya," tambah beliau yang berharap untuk bertugas sebagai seorang pegawai bomba suatu hari nanti.




"Disebabkan ini (tiada ruang peribadi sendiri di rumah), saya banyak meluangkan masa di sekolah. Saya akan pastikan kerja sekolah diselesaikan sebelum pulang ke rumah.

Kadangkala saya akan membuat kerja sekolah di kantin atau di bilik darjah selepas semua orang sudah pulang."

- Muhammad Ahnaf Rostam, 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >