Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak perlu mohon Skim Sokongan Warga Emas

Mar 18, 2016 | 09:34 AM



WARGA Singapura yang layak tidak perlu memohon Skim Sokongan Warga Emas - bagi mereka berusia 65 tahun dan ke atas - apabila ia dilancarkan tahun ini, kerana mereka akan menerima bayaran tunai setiap suku tahun secara automatik.



Skim itu, bagi membantu pesara kesempitan menyara hidup, ialah yang terbaru dalam senarai yang semakin bertambah program bantuan kewangan di mana penerima disertakan secara automatik.



Ia pertama kali diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos 2014.



Apabila undang-undang diluluskan untuk melaksana skim tersebut Ogos lalu, Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, berkata di Parlimen kira-kira 150,000 warga Singapura akan menerima pembayaran suku tahunan $300 hingga $750 tahun ini.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang menerajui skim itu, berkata butir-butir skim tersebut masih diusahakan.



Bagaimanapun, seorang jurucakap mendedahkan mereka yang layak "secara automatik akan menerima pembayaran selagi mereka terus layak".



"Semua penerima layak akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.



MOM tidak mengatakan bila atau bagaimana penerima layak akan dimaklumkan, tetapi jurucakap itu berkata: "Kami sedang memuktamadkan kriteria kelayakan dan butir-butir operasi Skim Sokongan Warga Emas.



"Maklumat lanjut mengenai skim itu akan diumum semasa Belanjawan 2016."



Encik Lim berkata di Parlimen sebelum ini bahawa pemerintah akan menimbangkan faktor seperti gaji seumur hidup, tahap sokongan rumah dan jenis perumahan untuk menentukan apakah seseorang itu layak.



Skim itu antara program pemerintah yang paling dinanti-nantikan daripada Belanjawan kali ini, yang akan diumum minggu depan.



Semasa berkempen pada pilihan raya umum September lalu, Encik Lee menyifatkan skim itu sebagai program yang membantu warga emas "mempunyai pencen pada usia tua".



Ia sebahagian daripada pakej lebih luas yang merangkumi Pakej Generasi Perintis dan tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi memberi warga emas ketenangan fikiran pada usia emas, ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >