Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak perlu perketat langkah Covid-19 buat masa ini tapi urusan tidak boleh diketepi: DPM Wong

Jun 27, 2022 | 03:33 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menjelaskan, bahawa langkah pengurusan selamat tidak perlu diperketat buat masa ini tetapi ia tidak boleh diketepikan sama sekali kerana lebih banyak jangkitan Covid-19 yang dikesan kini.



Menekankan perlunya sikap berjaga-jaga dan perlunya ujian dijalankan, beliau berkata semua isi rumah akan menerima 10 kit ujian pantas antigen. Edaran kit akan dibuat sekitar bulan depan.



Ketika ditemui wartawan selepas menjelajah ke pusat vaksinasi bergerak di Nee Soon Central pada Isnin (27 Jun), Encik Wong berkata peningkatan dalam jumlah jangkitan ini didorong oleh sub-varian Omicron lebih baru iaitu BA.4 dan BA.5.



"Kita harus menjangkakan kes akan terus meningkat," katanya.



Sedang tiada bukti sejauh ini bahawa jangkitan yang ada kini lebih teruk dan dengan hospital masih boleh menangani keadaan yang ada, Singapura harus berupaya menyusuri gelombang baru ini tanpa perlu memperketat undang-undang yang ada.



Namun, situasinya harus terus dipantau rapi, kata Encik Wong, yang ditemani Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



"Ini termasuk trajektori jangkitan dalam masa beberapa minggu mendatang, keterukan keadaan di samping keadaan di hospital. Dan jika perlu, kita akan perlu membuat penyesuaian. 



"Buat masa sekarang ini, kita fikir kita tidak perlu sebarang usaha memperketat langkah dan kita tidak perlu segera mengusahakan sesuatu untuk menghentikan keadaan yang ada. Tetapi sepertimana yang kita ketahui, keadaannya sentiasa boleh bertukar-tukar dan dinamis," tambah Encik Wong.



Kunjungan menteri ke tapak vaksinasi bergerak ini menandakan hari pertama di mana pasukan vaksinasi bergerak kembali ke kawasan kejiranan.



Hingga 50 tapak serata pulau dirancang bagi memudahkan warga emas mendapatkan suntikan mereka.



Tiga pusat pertama di Yishun, Telok Blangah dan Ansar di Chai Chee dibuka pada Isnin.



Pada 21 Jun, Kementerian Kesihatan berkata sub-varian BA.4 dan BA.5 membentuk sekitar 30 peratus daripada semua virus pada minggu sudah, meningkat daripada 17 peratus pada minggu sebelumnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >