Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDUDUK BERI LALUAN PERLUASAN PUSAT PEMERIKSAAN WOODLANDS

Tidak perlu risau cari rumah lain

May 28, 2022 | 05:30 AM



APABILA diterangkan tentang pemerolehan blok, Encik Abdul Rahman Masjuni, 60 tahun, tidak berasa begitu kecewa.



"Saya rasa ada kebaikan juga kami diberikan peluang untuk keluar dari sini kerana lokasi flat ini jauh dari kemudahan dan stesen MRT," ujar beliau yang sudah bersara.



Encik Abdul Rahman, yang menetap di flat sewa di Blok 218, telah menyewa di sana selama setahun dan berhasrat untuk menetap sehingga tamat tempoh yang dibenarkan.



Beliau sebelum ini juga menyewa flat di Woodlands kerana tidak dapat membeli sebuah rumah sendiri.



"Anak-anak saya tidak bersekolah berdekatan dengan flat ini. Jika mendapat tawaran flat sewa, saya berharap ia lebih mudah untuk anak-anak saya ulang-alik," kata bapa 10 orang anak itu.



Menurut beliau, sebagai penyewa, beliau layak untuk menerima dua jenis pampasan berdasarkan rumah pengganti.



Secara umum, beliau akan menerima elaun perumahan semula bernilai $2,500.



Jika beliau memilih untuk menyewa di kawasan tertentu, beliau akan menerima kredit menyewa selain elaun tersebut.



Beliau masih belum memutuskan kawasan pemindahan kerana perlu melihat tempat sekolah anak-anaknya yang akan berubah dalam tempoh enam tahun.



Encik Abdul Rahman merupakan salah seorang daripada penyewa flat dari 53 flat sewa yang bakal terjejas dengan pemerolehan bagi memberi laluan kepada perluasan Pusat Pemeriksaan Woodlands.



"Walaupun hal ini mungkin leceh bagi sesetengah orang, saya bersyukur kami akan mendapat flat ganti yang lain.



Saya tidak perlu terfikir-fikir atau berasa risau kerana rancangan pemerolehan sangat teliti dan kebajikan kami terjaga," tambah beliau.



Bagi Encik Abdul Rahman, beliau, bersyukur dengan inisiatif untuk menerangkan hal itu kepada penduduk, pemberian elaun serta penyediaan rumah lain untuk mereka agar kehidupan mereka dapat diteruskan dengan lancar.



Para penyewa yang terjejas dengan pemerolehan itu juga akan mendapat keutamaan peruntukan flat sewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >