Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEBANJIRAN DALAM TEROWONG MRT

'Tidak perlu siasatan awam'

Khaw beritahu Parlimen punca insiden jelas dan tertumpu pada kecuaian staf penyenggaraan SMRT
Nov 08, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata sebab berlaku kebanjiran dalam terowong MRT di Bishan adalah jelas - ia berpunca daripada kecuaian sekumpulan kecil pekerja penyenggaraan SMRT.



Justeru tidak ada keperluan bagi pemerintah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan bagi kejadian tersebut.



Bahkan, Encik Khaw melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Pengerusi baru SMRT, Encik Seah Moon Ming, syarikat tersebut mampu memikul tugas berat memperbaiki keadaan dan mencegah kejadian serupa daripada berulang.



Encik Khaw menambah bahawa SMRT tidak bersendirian dalam usaha itu, sebaliknya beliau turut menjanjikan sumber dan kepakaran agensi pemerintah untuk bersama-sama menangani cabaran tersebut.



Ini ditekankan Encik Khaw semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen semalam.



Beliau juga memberikan respons kepada pertanyaan yang dikemukakan sekitar 15 Anggota Parlimen (AP) mengenai isu yang membelenggu pengendali rel SMRT sejak bulan lalu, apabila hujan lebat membanjiri terowong di stesen MRT Bishan dan menjejas Laluan Utara-Selatan selama lebih 20 jam.



"Kejadian kebanjiran terowong dapat dicegah. Ia tidak sepatutnya berlaku. Ia bukan disebabkan kekurangan dalam reka bentuk lindung banjir. Ia juga bukan kerana ribut luar biasa. Ia disebabkan oleh penyenggaraan dan pengabaian tugas pasukan penyenggaraan SMRT yang bertanggungjawab terhadap sistem pam air banjir Bishan," tegas beliau.



Encik Khaw menerangkan bahawa terowong MRT mempunyai perlindungan penuh daripada banjir terutama sistem pam tadahan bah yang mengumpul air hujan dan mengepamnya keluar demi mengelak air daripada mengalir ke dalam terowong.



Siasatan menunjukkan ketiga-tiga pam masih berfungsi dan begitu juga dengan setiap lima suis apungan yang mengawal sistem pam itu.



"Mengapa suis apungan ini gagal berfungsi pada 7 Oktober tertakluk pada penyiasatan LTA," kata Encik Khaw.



Namun, menurut siasatan SMRT, sistem lindung banjir di Bishan tidak disenggarakan dengan baik buat beberapa bulan.



Rekod menunjukkan kerja penyenggaraan bagi bulan Disember 2016, Mac 2017 dan Jun 2017 telah dijalankan, namun rekod itu tidak dapat dipadankan dengan log akses masuk ke laluan trek dan tiada juga rekod menghidupkan pam seperti yang diperlukan dalam setiap kerja penyenggaraan.



"Dalam kata lain, rekod penyenggaraan mungkin telah dipalsukan," kata Encik Khaw.



Menyusuli kejadian itu SMRT telah menggantung tugas tujuh pegawai kanan dan enam anggota pasukan penyenggaraan.



Selain tindakan disiplin, Encik Khaw juga menyenaraikan langkah susulan yang diambil demi mengelak perkara serupa daripada berulang.



Ini termasuk menyusun semula unit yang menyelia kerja penyenggaraan sistem lindung banjir, memperketat pelan lindung banjir serta mengundang sepasukan pakar daripada Taipei Metro menjalankan semakan menyeluruh.



Ramai AP telah mengemukakan pertanyaan susulan, seperti Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) yang inginkan penjelasan tentang "isu budaya yang mendalam di SMRT" yang diungkapkan Ketua Pegawai Eksekutif SMRT Desmond Kuek sebelum ini.



Memberikan respons, Encik Khaw berkata: "Pendedahan bahawa sekumpulan kecil pekerja telah memalsukan rekod… ini bukan budaya Singapura."



Memandang ke depan, beliau percaya Pengerusi baru SMRT berupaya mengubah syarikat itu dan dapat menandingi sistem metro terbaik di dunia daripada sudut keandalan.



"Tugas berat perlu dilaksanakan SMRT namun mereka tidak bersendirian, sumber LTA dan MOT akan menyokong mereka. Agensi lain seperti PUB, DSTA, DSO dan GovTech juga telah menawarkan kepakaran." ujar Encik Khaw.




TINDAKAN SUSULAN SMRT



1) Peralatan sistem lindung banjir



-Tukar semua suis apungan



- Menukar pam sedia ada dengan pam yang lebih teguh - Pasang sensor radar yang boleh memantau paras air



- Pindahkan kawalan pam tadahan daripada laluan agar mudah diakses.



2) Proses dan amalan



- Susun semula unit yang menyelia penyenggaraan sistem lindung banjir - ketua unit berkenaan telah digantikan.



- Pertingkat jadual penyenggaraan daripada setiap suku tahun kepada setiap bulan.



- Perketat pelan lindung banjir dan memperkukuh penyelarasan dengan Pasukan Pertahanan



Awam Singapura (SCDF) dan PUB menerusi latihan kerap bersama.



- Undang sepasukan pakar daripada Taipei Metro menjalankan semakan menyeluruh ke atas operasi, mengesan jurang dan menyarankan peningkatan dalam pengurusan sistem, kejuruteraan dan penyenggaraan



- Bangun budaya kebertanggungjawapan, pemilikan dan melapor secara terbuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >