Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak perlu tempah untuk solat berjemaah harian di masjid

Jemaah masih perlu patuh langkah selamat, jarak sosial
Aug 29, 2021 | 05:30 AM



MULAI Rabu depan, jemaah tidak lagi perlu membuat tempahan untuk menyertai sesi solat harian secara berjemaah di masjid.



Jemaah boleh terus ke masjid untuk menjalankan solat harian itu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



"Bermula daripada 1 September, jemaah tidak diperlukan untuk membuat tempahan untuk sesi solat harian secara berjemaah di masjid.



"Jemaah boleh jalan masuk di masjid untuk solat harian. Langkah-langkah selamat akan diteruskan,'' kata Muis.



Sebagai langkah selamat yang dilaksanakan, para jemaah perlu memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, dan membawa alat solat peribadi.



Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada para jemaah atas kerjasama dan kepatuhan anda terhadap langkah-langkah pengurusan yang selamat.



"Kami berharap perubahan ini memberi tanda positif terhadap keadaan yang lebih mudah bagi masyarakat untuk meneruskan ibadah mereka dengan selamat di masjid kami," kata Muis dalam satu pos di Facebook semalam.



Jurutera Encik Mustafa Yahaya, 57 tahun, yang sering menunaikan solat di Masjid Al-Taqua, cukup gembira dengan berita itu.



"Sebagai seseorang yang sering ke masjid untuk menunaikan solat subuh, saya gembira dengan sekatan yang dilonggarkan ini.



"Sebelum ini saya hanya melihat beberapa saf jemaah yang solat di masjid. Tetapi, dengan kelonggaran ini saya rasa ia akan menjadi lebih mudah untuk orang ramai menunaikan solat harian di masjid,'' kata bapa empat orang anak itu.



Seorang lagi jemaah, Encik Muhammad Shahreen Tajri, 36 tahun, berkata perubahan itu akan memudahkan terutama baginya yang bekerja secara bebas sebagai seorang juruvideo.



"Ada kalanya masa solat kami tidak kira masa. Justeru, dengan tidak perlu membuat tempahan, pastinya ia lebih memudahkan dan melicinkan proses.



"Namun saya juga amat berharap perkara yang sama turut dapat dilaksanakan untuk solat Jumaat. Meskipun agak sukar tetapi dengan kadar vaksinasi yang semakin tinggi dalam kalangan warga, saya berharap ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat,'' kata bapa tiga orang anak itu.



Awal bulan ini, Jawatankuasa Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) mengumumkan langkah membenarkan hingga 1,000 orang bagi kegiatan ibadah berjemaah jika semuanya sudah menerima vaksin sepenuhnya.



Ini berbanding hanya 500 jemaah yang dibenarkan di masjid ketika fasa pertama pembukaan semula pada 10 Ogos lalu.



Sejak itu, lebih banyak masjid di Singapura yang kini dapat menawarkan ruang tambahan bagi solat jemaah.



Lebih banyak masjid juga kini menyediakan ruang tambahan bagi solat Jumaat.



Sebanyak 10 masjid di serata Singapura akan mula menawarkan tambahan 150 slot bagi setiap sesi solat Jumaat.



Masjid-masjid itu ialah Al Islah, Al-Istighfar, Darul Ghufran, Al-Muttaqin, Assyafaah, Yusof Ishak, Mujahidin, Al-Iman, Al-Khair dan Ar-Raudhah.



Namun, jemaah mesti sudah divaksinasi sepenuhnya atau sudah menjalani ujian Covid-19.



Pada 20 Ogos lalu, hampir kesemua 25,080 ruang bagi solat yang disediakan bagi solat Jumaat telah ditempah jemaah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >