Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Setempat3

Tidak perlu tunggu menganggur 3 bulan untuk mohon geran Covid-19

Jun 05, 2020 | 05:30 AM

PEKERJA yang terjejas oleh Covid-19 tidak perlu menunggu selama tiga bulan berturut-turut sebelum memohon bantuan Geran Sokongan Covid-19 (CSG), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.

Ini termasuk mereka yang diberhentikan kerja, yang gajinya dipotong sekurang-kurangnya 30 peratus, atau yang diarah bercuti tanpa gaji.

"Mereka layak bagi CSG sekarang jika mereka memberi dokumen sokongan, seperti surat daripada majikan mereka yang menunjukkan mereka akan terjejas sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut.

"Individu yang tidak layak bagi CSG tetapi memerlukan bantuan lanjut boleh memohon bantuan ComCare," kata beliau di Parlimen semalam.

Encik Lee menjelaskan CSG pada mulanya disediakan untuk menyokong isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan yang menghadapi pengangguran disebabkan pemberhentian kerja atau tamat kontrak selepas 23 Januari, apabila kes Covid-19 pertama dikesan di Singapura.

Beliau berkata bagi pemohon dalam golongan itu, mereka tidak perlu menganggur selama tiga bulan sebelum boleh memohon bantuan.

Selain menyokong mereka yang menganggur, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah meluaskan skim itu untuk membantu pekerja terpaksa diletak di bawah cuti tidak berbayar (NPL) selama tiga bulan atau lebih berturut-turut dan juga yang kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus gaji bulanan selama tiga bulan atau lebih berturut-turut.

"Keperluan 'tiga bulan atau lebih berturut-turut' bagi senario NPL dan kehilangan pendapatan ialah bagi memastikan bantuan disalur kepada mereka yang mempunyai keperluan lebih besar," kata Encik Lee.

Menurut beliau, penerima bantuan ComCare tidak layak bagi CSG.

Demi menyediakan lebih sokongan kepada penerima, bantuan ComCare telah dilanjutkan buat enam bulan lagi secara automatik bagi mereka yang bantuannya bakal tamat antara Mei dengan Julai.

Encik Lee berkata penerima bantuan ComCare boleh mendekati pejabat khidmat sosial (SSO) untuk menyemak sokongan semasa yang diberi jika keadaan kehidupan mereka telah berubah, contohnya jika mereka hilang pekerjaan atau pendapatan mereka berkurangan disebabkan Covid-19.

"Sementara menyemak sokongan ComCare mereka, SSO juga boleh memberi bantuan sementara jika mereka menghadapi keperluan kewangan mendesak.

"Mereka yang baru diletak di bawah ComCare akan menerima bantuan sekurang-kurangnya enam bulan, yang menyediakan mereka landasan lebih lama bagi mendapatkan semula kestabilan," kata Encik Lee.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map