Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak praktikal untuk naik had pelanggan di pusat penjaja: MOH, NEA

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



MENINGKATKAN had pelanggan yang diberi vaksin kepada lima orang di pusat penjaja dan kedai kopi tidak praktikal, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kelmarin.



Sehingga dua orang kini dibenarkan makan bersama di tempat-tempat ini, tidak kira sama ada mereka divaksin atau tidak, lapor The Straits Times.



Premis seperti itu terbuka dan berliang, atau poros, dengan campuran pelanggan menjamu selera dan yang bawa pulang, kata pihak berkuasa dalam maklum balas mereka terhadap catatan Facebook pada hari Khamis oleh pengasas Makansutra, K.F. Seetoh.



"Jika kita memerlukan pemeriksaan status vaksinasi di pusat penjaja dan kedai kopi, ini akan menambah beban operator dan pemilik gerai," katanya.



Encik Seetoh berkata ia agak ironis bahawa jumlah pelanggan dibenarkan menjamu selera di kedai kopi dan pusat penjaja dihadkan, manakala lima orang pelanggan yang divaksinasi dibenarkan menjamu selera di pusat penjaja yang berhawa dingin.



Sejak 10 Ogos, Singapura telah mengizinkan orang ramai untuk makan di restoran dalam kumpulan sehingga lima orang jika semuanya telah divaksin sepenuhnya.



Encik Seetoh berkata had dua orang untuk pusat penjaja dan kedai kopi menjejaskan pendapatan ramai penjaja.



Ia menyebabkan gerai ditutup, menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan, mempengaruhi kemampuan mereka membayar bil dan menjejaskan kesihatan mental mereka, tambahnya.



Encik Seetoh juga mengatakan bahawa beliau mengetahui sebanyak 150 penjaja yang terpaksa gulung tikar tahun lalu.



Tambahnya, beliau menerima maklumat penutupan ini "hampir setiap hari".



Sebagai respons, MOH dan NEA berkata menjamu selera secara fizikal adalah aktiviti yang mempunyai risiko tinggi ketika pelitup ditanggalkan dan orang ramai berinteraksi dalam jarak yang dekat.



Pelanggan yang belum divaksin dan dijangkiti Covid-19 berisiko tinggi jatuh sakit, kata pihak berkuasa.



Walaupun kedai makanan dan minuman yang tidak dapat memeriksa status vaksinasi pelanggan tidak dibenarkan mempunyai pelanggan makan di premis, pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) Covid-19 telah memutuskan untuk membenarkan dua orang untuk menjamu selera di pusat penjaja dan kedai kopi sebagai konsesi, katanya.



"Ini untuk menolong penjaja dan pemilik gerai kami sambil menyekat penularan virus," tambahnya.



Pihak berkuasa juga mengatakan Pemerintah telah memberikan sokongan kepada penjaja melalui dasar seperti Dana Bantuan Pasar dan Pusat Penjaja.



Melalui dana tersebut, semua pemilik gerai makanan dan pasar di pusat penjaja dan pasar yang diuruskan oleh NEA atau pengendali yang dilantiknya akan menerima $500.



Sebilangan besar penjaja telah menerima wang tersebut dalam akaun bank mereka, kata MOH dan NEA.



Dana bantuan itu diberikan selain daripada pengecualian sewa dan subsidi untuk penjaja, tambah mereka.



Sejak awal tahun 2021, pemilik gerai di pasar dan pusat penjaja yang diuruskan oleh NEA atau pengendali yang dilantiknya telah menerima tiga bulan pengecualian sewa dan subsidi yuran pembersihan.



Pihak berkuasa juga menawarkan program seperti sokongan dana untuk penjaja yang mendaftar ke platform penghantaran dalam talian.



Kadar penghunian gerai makanan yang menjual makanan masak di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NEA kekal tinggi pada purata 97 peratus, tambah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >