Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak ramai lagi kena tahi burung di Masjid Haji Muhammad Salleh

Nov 10, 2016 | 11:07 AM



JUMLAH burung merpati yang menimbulkan masalah di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road telah berkurangan daripada 400 kepada antara 120 hingga 160.



Ia hasil tindakan memberi burung di luar masjid di Palmer Road itu makanan berasas jagung mengandungi nicarbazin, dadah yang menghalang burung betina bertelur atau bertelur yang tidak menetas.



Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) mendedahkan hasil projek percubaan selama setahun itu selepas ia selesai bulan lalu (Oktober).



Dadah itu tidak memudaratkan burung dan tidak toksik kepada haiwan atau manusia jika diambil dalam jumlah kecil, iaitu kurang 40kg bagi anjing dan kucing dan kurang 60kg bagi kanak-kanak.



Setiausaha lembaga pengurusan Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Mohamed Idris, berkata berbezaan dalam jumlah burung di situ ketara.



Walaupun masih ada burung yang memasuki masjid itu, ini berlaku kurang kerap, katanya. Begitu juga kejadian orang terkena tahi burung.



Beliau berkata pihak masjid terbuka bagi melanjutkan projek percubaan itu dan telah berbincang dengan AVA.



Mengulas mengenai hasil projek perbicaraan itu, AVA berkata penurunan jumlah burung di situ tidak mungkin disebabkan oleh kesan dadah tersebut sahaja, dan faktor lain mungkin menyumbang.



Sebagai contoh, AVA mendapati 15 burung mati di situ pada April lalu dan bedah siasat mendapati ia disebabkan dehidrasi.



AVA juga memantau di kawasan itu untuk menghalang orang ramai memberi burung-burung itu makan. Sejak Oktober tahun lalu, ia mengeluarkan 60 surat amaran dan denda kepada individu yang ditangkap.



Memberi burung merpati makan adalah salah dan mereka yang didapati melanggar peraturan itu boleh didenda hingga $500.



Memandangkan keberkesanan makanan nicarbazin tidak muktamad, AVA memulakan satu lagi projek percubaan setahun di luar Kuil Sri Krishnan di Waterloo Street September lalu. Terdapat kira-kira 150 burung merpati di sana.



Projek itu akan juga mengkaji apakah tahap trafik manusia, yang berkait rapat dengan jumlah makanan yang ditinggalkan bagi burung, menjejas keberkesanan makanan tersebut.



Secara keseluruhan, AVA menerima 3,500 maklum balas berkaitan merpati dari Januari hingga Oktober tahun ini. Tahun lepas ia menerima kira-kira 4,000, berbanding kira-kira 2,500 pada 2014.



Ia menerima sekitar 6,400 maklum balas mengenai semua jenis burung dalam tempoh sama tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >