Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak sangka dapat jadi pegawai tentera laut

Jun 10, 2021 | 02:15 PM



PENYERTAANNYA dalam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) bukalah perkara yang diduga.



Ini kerana bagi Leftenan Kedua (2LT) Akmal Rostam, sebagai anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang menjalani latihan ketenteraan (BMT) di kem unit kombat terpilih atau lebih dikenali sebagai mono-intake, ia merupakan satu perkara yang mustahil untuk memasuki Sekolah Pegawai Kadet (OCS), sama sekali ke RSN.



“Saya mempunyai anggapan bahawa selepas BMT, kami hanya akan dikerahkan ke unit infantri.



“Oleh itu, saya amat terkejut apabila mendapat tahun bahawa saya telah dipilih untuk menjalani latihan di OCS. 



“Apabila mendapat tahu saya akan dikerahkan ke RSN, saya menjadi lebih gembira diberi kesempatan ini,” ujar 2LT Akmal yang berusia 22 tahun.



Anak bongsu dalam kalangan dua beradik itu berkata bahawa keluarga turut berasa bangga dan sering memberinya dorongan dalam beliau menempuhi latihan. 



2LT Akmal merupakan antara 353 kadet yang diberikan pentauliahan pegawai  Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Beliau bakal diberi tanggungjawab untuk mempimpin platun Unit 'Fast Craft' (Kenderaan Laut Laju) sebagai Komander Platun (PC).



Beliau akan memimpin sekitar 60 tentera RSN di bawah perintahnya di Pangkalan Tentera Laut Tuas (Tuas Naval Base).



Menerusi latihan yang dijalaninya bersama RSN, 2LT Akmal berkata beliau kini sedari akan kepentingan tentera laut dalam memastikan kemamanan negara.



“Sebelum ini saya hanya tahu bahawa angkatan laut memainkan peranan penting dalam menjaga dan mempertahankan perairan kita, dan saya tidak tahu bahawa NSF juga memikul tanggungjawab yang penting.



“Sejak saya menyertai RSN, saya sedar bahawa NSF juga memainkan peranan penting untuk mempertahankan perairan kita... sama seperti pegawai sepenuh masa yang lain yang menjaga kemanan dan keselamatan negara.



“Saya berharap saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik bersama RSN,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >