Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AS tidak sedar jumlah ujian Covid-19 di S'pura

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan warga Amerika agar mengelak daripada mengunjungi Singapura kerana ia tidak sedar akan jumlah ujian yang dilakukan di sini untuk memantau keadaan jangkitan Covid-19 setempat, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Justeru, Kementerian Kesihatan (MOH) kini mendekati CDC dan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura untuk memberikan data yang diperlukan bagi menunjukkan kadar positif yang dikesan melalui ujian Covid-19 di sini dan juga jumlah jangkitan dalam masyarakat kekal rendah, tambahnya.



Dalam nasihat perjalanan Covid19 yang dikeluarkan semalam, Amerika meletakkan Singapura di bawah senarai "unknown" atau tidak diketahui disebabkan kekurangan data.



Ia juga memberi amaran bahawa "pengunjung yang sudah divaksin penuh masih mempunyai risiko dijangkiti varian Covid-19 dan menjangkiti orang lain."



Ini meletakkan Singapura di kedudukan yang sama seperti Afghanistan, Korea Utara dan Syria di bawah kategori destinasi yang perlu dielakkan warga Amerika disebabkan jumlah jangkitan yang tinggi.



"Saya ingin menjelaskan, kita sedar akan keadaan kita," kata Encik Ong dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 di Singapura semalam.



Katanya, lebih 150,000 ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dijalankan setiap minggu dan lebih 21,000 ujian dilakukan setiap hari.



Kadar hasil ujian positif pula kekal rendah pada 2 peratus, tambah Encik Ong.



Singapura juga mempunyai stesen ujian sisa air yang ditubuhkan sekitar negara, termasuk di estet perumahan, dormitori dan rumah penjagaan.



"Hanya beberapa stesen ujian itu yang menunjukkan kewujudan cebisan virus tersebut," kata Encik Ong.



"Untuk itu, kami pasti bahawa kadar jangkitan Covid-19 dalam masyarakat kekal rendah dan stabil," katanya.



Namun, beliau akui varian Omicron sudah merebak dalam masyarakat, dan walaupun buat masa kini kes jangkitan varian itu dalam masyarakat kekal rendah - hanya sekitar 20 peratus kes setempat - ia akan meningkat berlipat ganda dengan pantas.



"Kita perlu bersedia untuk menghadapinya," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >