Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak sesia peluang kedua ambil PSLE

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



PELUANG kedua yang diperolehi tidak disia-siakan Ariel Heriyanto Salim.



Murid 13 tahun yang gagal semasa menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu, kembali bangkit dengan semangat baru tahun ini.



Ariel yang ditempatkan di Boys' Town April lalu di bawah program Luar Kawalan Ibu Bapa (BPC), telah meraih agregat 163 dan layak ke aliran Normal (Akademik).



Murid dari Sekolah Rendah Kranji ini meraih gred satu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Asas, Bahasa Melayu Asas dan Sains Asas, serta gred dua bagi Matematik Asas.



"Saya rasa ini semua tidak mungkin diraih tanpa bantuan dan sokongan tidak putus-putus daripada guru-guru sekolah saya," ujarnya.



Ariel merupakan antara 40,256 murid darjah enam yang menduduki PSLE tahun ini.



Daripada jumlah tersebut, sebanyak 98.4 peratus atau 39,622 murid darjah enam layak ke sekolah menengah.



Sebanyak 66.3 peratus layak ke aliran Ekspres, 21 peratus ke aliran Normal (Akademik) dan 11.2 peratus ke aliran Normal (Teknikal).



Sementara itu, seramai 249 atau 99.6 peratus murid madrasah berjaya melangkah ke sekolah menengah.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >