GRADUAN CEMERLANG POLITEKNIK REPUBLIC: DIPLOMA SAINS BAHAN
Tidak sia-sia suka tunggang basikal BMX
Majlis Tamat Pengajian Politeknik Republic tahun ini menampilkan 4,726 pelajar, termasuk 112 pelajar dewasa, yang telah menamatkan pengajian mereka. MUHAIMIN SUZAINI (msuzaini@sph.com.sg) menemubual antara pelajar Melayu/Islam yang menyerlah dalam kursus masing-masing.
May 16, 2016 | 05:30 AM
SIAPA sangka minat menunggang basikal BMX selama lebih 10 tahun membuat Encik Hasbi Basman cenderung kepada sains dan ingin mengetahui lebih mendalam bahan yang digunakan di sebalik basikalnya.
Anak kelima enam beradik berusia 27 tahun itu menyifatkan minatnya itu sebagai salah satu sebab mengapa beliau memilih kursus Diploma Sains Bahan di Politeknik Republic (RP).