SEJAK beliau mengambil alih gerai bapanya dua tahun lalu, selain berusaha mencari jalan memperkenal menu baru, Cik Julina Ahmad turut cuba mencari kaedah memasak dengan cara lebih sihat.
Pada Mac lalu Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) memilih dua menu daripada gerai miliknya, Juliecious' Kitchen, di 58 New Upper Changi Road, iaitu mi soto dan soto ayam sebagai hidangan lebih menyihatkan.