Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga anak Fandi hiasi muka depan majalah Harper's BAZAAR Singapore

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



TIGA anak bintang legenda bola sepak setempat, Fandi Ahmad - Irfan, Ikhsan dan Iman - memulakan tahun baru mereka selaku penghias muka depan majalah Harper's BAZAAR Singapore edisi Januari 2018.



Penerbit majalah itu, SPH Magazines Pte Ltd, dalam kenyataan semalam, berkata kemunculan Irfan, 20 tahun; Ikhsan, 18 tahun; dan Iman, 17 tahun; di muka depan majalah tersebut adalah untuk merai hubungan keluarga.



Ketua Editor Harper's BAZAAR Singapore, Encik Kenneth Goh, berkata: "Saya telah menanti bertahun-tahun mahu menampilkan anak-anak Fandi sejak saya melihat mereka membesar.



"Mereka mewakili bintang milenium baru - anak dengan nama keluarga popular yang segera terikat dan menjadi sorotan sejak lahir.



"Namun, anak-anak ini memiliki faktor-X tertentu yang membuat mereka tetap berpijak di bumi nyata meskipun dengan pengikut media sosial yang berkembang selain penampilan mereka yang hebat."



Disifatkan bak keluarga pemain bola sepak Inggeris David Beckham versi Singapura, anak sulung Fandi dan peragawati terkemuka Wendy Jacobs bersedia menjadi bintang paling menyerlah dalam dunia sukan dan fesyen.



Mereka adik-beradik mempunyai lebih 150,000 pengikut di Instagram.



Ini kemunculan sulung Irfan, Iman dan Ikhsan selaku penghias muka depan fesyen atasan.



Mereka menyertai senarai selebriti yang menghiasi Harper's BAZAAR Singapore termasuk Kate Hudson, Alessandra Ambrosio dan ramai lagi.



Majalah itu sudah terdapat di pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >