Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH DERMASISWA DANA REGEN ISCOS (IRF)

Tiga anak 'ibu tunggal' antara penerima biasiswa, geran buku

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN hidup dalam keadaan susah, seorang ibu yang ingin dikenali sebagai Cik Sakeena, mahu melihat anak-anaknya berjaya satu hari kelak.



Disebabkan itu, penerimaan dua Anugerah Biasiswa dan satu Geran Buku Dana ReGen Iscos (IRF) yang diterima ketiga-tiga anak perempuannya berusia lapan, 13 dan 14 tahun semalam, menjadi pembakar semangat bagi mereka terus mencapai kejayaan dalam pendidikan.



Tiga puteri Cik Sakeena adalah antara 420 pelajar yang diiktiraf atas usaha dan pencapaian akademik di Majlis Anugerah Biasiswa IRF, semalam. Dana itu menyokong kanak-kanak daripada keluarga banduan dan bekas pesalah yang berpendapatan rendah.



Cik Sakeena, yang tidak bekerja akibat masalah jantung dan menyara kehidupan keluarga sendirian, bersyukur anak-anaknya diberikan biasiswa untuk dua tahun berturut-turut.



"Bantuan ini akan bantu meringankan beban saya untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak...Saya berharap biasiswa dan geran buku dijadikan perangsang untuk mereka belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa akan datang," katanya.



Anugerah Biasiswa IRF diberikan kepada pelajar Darjah 5 hingga peringkat pengajian tinggi.



Penerima pelajar Darjah 5 dan 6 diberikan $200 beserta baucar kedai buku $50, sementara penerima sekolah menengah mendapat $350 tunai beserta baucer kedai buku $50 setiap seorang.



Penerima biasiswa peringkat pengajian tinggi mendapat $500 tunai.



Bagi Geran Buku IRF, ia diberikan kepada pelajar sekolah rendah hingga peringkat pengajian tinggi.



Pelajar sekolah rendah dan menengah mendapat antara $50 hingga $200 tunai beserta baucar kedai buku $50 setiap orang.



Penerima geran buku peringkat pengajian tinggi pula mendapat $250 tunai.



Sejak 2011, anugerah biasiswa itu telah menyokong lebih 2,900 penerima dan mengagihkan hampir $900,000.



Tahun ini, sejumlah $100,000 diagihkan kepada benefisiari dari peringkat sekolah rendah ke pengajian tinggi.



Dana itu sumbangan Encik Lim Hock Leng dari rangkaian pasar raya Sheng Siong Group, yang telah menyokong anugerah biasiswa IRF bagi empat tahun berturut-turut.



Turut hadir di majlis anugerah biasiswa yang diadakan secara maya semalam ialah Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Dalam ucapannya kepada penerima biasiswa, Dr Faishal berkata:



"Pembelajaran tiada penamatnya dan merupakan perjalanan sepanjang hayat. Saya harap anda semua di sini hari ini akan meneruskan usaha anda dan dahagakan pendidikan.



"Kepada semua penerima anugerah, teruskan perjalanan pendidikan anda dengan rasa kagum, menjalani kehidupan yang bermakna serta produktif, dan berjasa kepada keluarga pada masa akan datang."



10 pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka juga disampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang, sementara dua lagi pelajar menerima Anugerah Kemajuan Baik bagi menunjukkan peningkatan ketara dalam akademik sepanjang tahun persekolahan.



Diperkenalkan sejak 2018, kedua-duanya anugerah itu ditaja oleh kelas tahun 1969/71 Sekolah Menengah Catholic High.




BUTIRAN DANA REGEN ISCOS (IRF)



DANA ReGen Iscos (IRF) ialah dana amal berdaftar bagi menyokong kanak-kanak dan keluarga pesalah yang sudah berubah (reformed offenders).



Melalui program utamanya, Program Fairy Godparent (FGP), objektif utama adalah untuk mencegah kesalahan antara generasi dengan memperkasakan kanak-kanak ini.



Matlamat ini dicapai dengan menyediakan peluang pendidikan yang lengkap dan kemahiran yang diperlukan bagi mereka mencari pekerjaan dan berdikari dari segi kewangan pada masa akan hadapan.



FGP menyediakan bantuan pembangunan pelajar, sokongan keluarga dan sekitaran rumah kepada golongan ini.



Di bawah FGP, IRF menyediakan sokongan holistik melalui anugerah biasiswa, tuisyen yang ditaja dan inisiatif pro-sosial seperti aktiviti selepas sekolah untuk anak-anak pesalah yang sudah berubah. Ia juga memberi penekanan terhadap kepentingan membina unit keluarga yang kukuh melalui aktiviti yang mengeratkan ikatan kekeluargaan, bengkel keibubapaan, kumpulan sokongan ibu dan sambutan perayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >