MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Yayasan Mendaki ke-25 kelmarin menyaksikan pemilihan lima anggota lembaga pengarah baru dengan tiga merupakan anggota baru.
Tiga pengarah yang baru dipilih ialah Encik Arzami Salim, Naib Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS); Encik Ismail Pantek, anggota Majlis Eksekutif Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM); dan Encik Muhammad Fadzli Hassan dari Pertapis.