Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga buku tulisan asatizah S'pura dilancar Pergas

Shanmugam: Karya dapat bimbing Muslim, serta bantu masyarakat lain lebih fahami Islam
May 05, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) semalam melancarkan tiga buku karya penulisan asatizah tempatan yang diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam tempoh sukar ini.



Buku pertama terbitan Pergas yang diperkenalkan semalam ialah Rahsia Disebalik Surah Al-Ikhlas oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.



Ia merupakan kompilasi hadis yang membuka rahsia tentang fadilat yang akan diperoleh sesiapa yang sering membaca surah Al-Ikhlas.



Turut diperkenalkan ialah buku berjudul Pemikiran Sosio-Agama Ahmad Sonhadji Mohamad Melalui Koleksi Khutbah (1971-1980) yang ditulis oleh Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha.



Ia mengetengahkan penulisan ulama Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad sepanjang 10 tahun yang masih kekal relevan hingga hari ini.



Di samping itu, Pergas memperkenalkan buku Countering Islamic State Ideology: Voices of Singapore Religious Scholars (Menentang Ideologi Negara Islam: Suara Sarjana Agama Singapura), yang disunting oleh Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan dan Profesor Rohan Gunaratna.



Buku ini mengumpulkan tulisan asatizah dan sarjana terkemuka yang mengetengahkan ajaran Islam tradisional bagi membanteras dan mencegah ideologi ISIS.



Menghadiri acara pelancaran buku tersebut yang diadakan di bangunan Paradise@Pergas yang terletak di 168 Changi Road, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata buku-buku yang dilancarkan itu mencerminkan sumbangan yang dibuat oleh Pergas dan juga usaha penting yang dilakukan asatizah Singapura.



"Asatizah kita telah melakukan pekerjaan penting. Sebagai contoh, mereka membantu menangani ideologi ekstremisme, selain memberikan panduan selama beberapa dekad, dan menulis buku ini adalah contoh lain tentang pekerjaan yang mereka lakukan," ujarnya.



Beliau turut menekankan bahawa penulisan itu bukan dapat membimbing masyarakat Islam Singapura sahaja, malah masyarakat umum secara amnya.



"Tiga buku yang telah dilancarkan ini akan memperkaya dan menambahkan lagi koleksi pembelajaran Islam di Singapura, dengan pengetahuan yang akan membantu membimbing masyarakat Islam kita.



"Dan saya rasa jika buku ini dapat diakses oleh masyarakat bukan Islam, ia dapat membantu mereka memahami agama ini dengan lebih baik lagi," kata Encik Shanmugam kepada wartawan selepas acara tersebut.



Presiden Pergas, Ustaz Hasbi Hassan, mengatakan menyediakan platform bagi asatizah terus menyumbangkan pemikiran mereka yang dapat dimanfaatkan masyarakat Islam merupakan salah satu usaha utama Pergas.



"Karya tulisan para tokoh agama adalah salah satu sumbangan terbesar dan amat berpengaruh dalam mencorak minda masyarakat.



"Dengan penulisan serta pelancaran sebegini, sedikit sebanyak dapat kita membuktikan bahawa negara kita Singapura juga mempunyai barisan penulis asatizah yang tidak kurang hebatnya.



"Dapat juga kita beri suntikan semangat untuk asatizah dan masyarakat kita agar minat menulis dan berkarya, sekali gus dapat menyumbang penulisan dan karya mereka.



"Secara tidak langsung, ia juga akan menjadi saham dan jariah kita di akhirat kelak insya-Allah," kata Ustaz Hasbi.



Buku-buku itu boleh dibeli menerusi laman rasmi Pergas, dan 50 peratus daripada hasil penjualan akan disalurkan ke dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (PERLU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >