Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga didakwa berkaitan kes culik warga Singapura di Pulau Pinang

Feb 26, 2016 | 03:28 PM



SEORANG lelaki dan dua wanita diheret ke mahkamah pada Jumaat (26 Feb) bagi menghadapi tuduhan peras ugut melibatkan AS$250,000 ($351,000).


Benjamin Lim Jialiang, 25 tahun, Judy Wee Aye Fong, 52 tahun, dan Fong Ling Ling, 45 tahun, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, didakwa cuba memeras wang daripada Cik Crystal Lim Chew Kwan antara Isnin dan Rabu lalu.


Dokumen mahkamah berkata mereka sengaja meletak Cik Lim dalam ketakutan dengan mengancam akan menyebabkan kemudaratan kepada dua adik-beradik, Encik Ng Chee How dan Encik Ng Chia How, jika wang tersebut tidak diserahkan.


Mereka ditahan reman di Divisyen Polis Central bagi siasatan lanjut.


Pihak pendakwaan berkata kededua mangsa masih berada di Malaysia bagi membantu polis dalam siasatan mereka.


Pertuduhan ke atas Wee menyatakan bahawa pada masa kesalahan itu dikatakan dilakukan, dia orang yang tertakluk pada pengawasan di bawah Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara).


Ketiga-tiga mereka akan kembali ke mahkamah pada 4 Mac.


Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga lima tahun. Lim juga boleh dikenakan hukuman rotan.


Dalam satu kenyataan pada Khamis (25 Feb), polis berkata ia menerima panggilan mengenai satu kes di mana seorang wanita berusia 29 tahun dihubungi melalui nombor telefon bimbit Malaysia yang tidak diketahui, yang menuntut wang tebusan AS$250,000 dibayar bagi melepaskan tunangnya yang berusia 28 tahun.


Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Risikan Polis bertindak segera dan memulakan siasatan.


Siasatan awal menunjukkan dua adik-beradik itu, berumur 28 dan 27 tahun, pergi ke Pulau Pinang untuk perniagaan pada Ahad (21 Feb).


Pegawai Pasukan Polis Singapura menyelaraskan usaha mereka dengan pegawai Polis Diraja Malaysia, membawa kepada penangkapan suspek dan pembebasan adik-beradik itu.


Polis Malaysia menyerbu sebuah hotel di Pulau Pinang pada Rabu (24 Feb) dan menahan empat lelaki dan menyelamat kedua-dua mangsa.


Pada hari sama, pegawai CID menyerbu dan menahan empat suspek warga Singapura berkaitan kes itu.


Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. Lim juga boleh disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >