Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga didakwa dalam rasuah dagang bahan api bunker berasingan

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



DUA pedagang bahan bakar dan seorang penolong pengurus sebuah syarikat perkapalan dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah.



Ketiga-tiga individu itu hadir untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Pedagang, Ng Kit Sze, 45 tahun, dan Gary Lim Wei Xiong, 32 tahun, yang bekerja di pengedar petroleum borong Integr8 Fuels Asia, dituduh menerima dan memberi rasuah.



Ng dikatakan menerima sebanyak AS$95,000 ($131,000) daripada dua orang untuk memajukan kepentingan perniagaan syarikat mereka dengan Intergr8 antara 2016 dan 2020, lapor The Straits Times.



Dua orang yang memberi rasuah tersebut dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai Loke Kin Aun, pengurus besar Seven Seas Oil (Hongkong), dan Michael, seorang pedagang minyak bunker daripada Taimin Petroleum & Chemicals.



Ng juga dituduh bersetuju menerima wang kira-kira AS$15,000 daripada Michael pada 2020. Dia menghadapi lapan pertuduhan, manakala Lim berdepan dengan empat tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Sementara itu, penolong pengurus syarikat perkapalan Pacific International Lines, Ong Zhi Xian, 33 tahun, menghadapi empat tuduhan kerana dikatakan menerima $1,200 sebagai rasuah daripada Lim sebanyak tiga kali, supaya Ong dapat memajukan kepentingan perniagaan Intergr8 bersama Pacific International Lines.



Kesalahan tersebut dikatakan berlaku antara Disember 2020 dan Mac tahun lalu.



Lim juga dikatakan bersetuju memberi rasuah $400 kepada Ong pada April tahun lalu.



Ong dan Lim dijadualkan dihadapkan ke mahkamah lagi pada 6 Julai, manakala Ng pada 20 Julai. Bagi setiap tuduhan rasuah, mereka boleh didenda hingga $100,000, penjara hingga lima tahun, atau dikenakan kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >