Tiga ketua duta asing telah menyampaikan tauliah mereka kepada Presiden Halimah Yacob dalam istiadat berasingan di Istana pada Jumaat (23 Sep).
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat, mereka ialah Duta Besar Lithuania, Encik Darius Gaidys; Duta Belanda, Cik Anna Désirée Adema; dan Duta Dominican, Encik Robert Miky Takata Pimentel.
Bagi Encik Gaidys, sebelum pelantikan itu, beliau adalah Duta Kelana di Jabatan Teknologi Maklumat Kementerian Luar Lithuania.
Bagi Cik Adema pula, sebelum ini beliau adalah timbalan duta Belanda di India.
Bagi Encik Takata Pimentel, beliau seorang diplomat kerjaya di Kementerian Luar Dominican.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Tiga duta sampai tauliah kepada Presiden Halimah di Istana
Sep 23, 2022 | 08:04 PM