Tiga flat HDB capai nilai $1 juta dalam pasaran jualan semula, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Tiga flat HDB capai nilai $1 juta dalam pasaran jualan semula

Nov 10, 2017 | 07:50 PM

TIGA flat Lembaga Perumahan Awam (HDB) di Commonwealth Drive dan Holland Village mencecah nilai jualan semula $1 juta dan mencatat rekod baru bagi penjualan 2017, tidak termasuk Pinnacle @ Duxton.

Menurut data agensi hartanah PropNex, dua daripada unit itu terletak di Blok 50, Commonwealth Drive – satu dijual pada harga $1.035 juta pada Oktober dan satu lagi, $1.028 juta pada Ogos.
Sebuah unit di lantai 36 di Blok 18D, Holland Drive pula dijual $1.03 juta pada Julai.

Pada Februari lalu, sebuah penthouse Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di Natura Loft, Bishan, memecahkan rekod apabila dijual semula pada $1.18m. Walaupun flat DBSS dianggap perumahan awam, mereka dimaju dan dijual oleh pemaju swasta, bukan HDB.

Transaksi itu dicatatkan walaupun indeks harga bagi flat jualan semula HDB sejak 2016 menyaksikan penurunan. 

Pada 2016, sebuah flat Pinnacle @ Duxton HDB dijual pada harga $1.12m memecahkan rekod jualan semula HDB ketika itu. Nilai unit Pinnacle @ Duxton ialah $981 meter persegi.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map