Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga generasi penari di pentas

Nov 06, 2020 | 05:30 AM



DARI buku ke pentas pula.



Sebuah produksi tarian yang menampilkan tiga generasi penari, sekecil 5 tahun sehinggalah 70 tahun, bakal dipentaskan oleh Sri Warisan.



Ia diilhamkan dari buku pengasasnya, Cik Som Said, bertajuk "Seni Tari di Singapura: Perjalanan Som Said".



Produksi ini mendokumentasikan evolusi tarian Melayu di Singapura dan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh generasi penerus dan juga untuk umum, tentang sejarah, latar belakang, dan juga perkembangan seni tari di Singapura dari awal 1950-an hingga masa kini melalui lima segmen tarian.



Produksi ini berjaya diadakan setelah mendapat geran projek dari Lembaga Warisan Negara (NHB) selepas diiktiraf sebagai salah satu daripada enam pengamal untuk The Stewards of Singapore's Intangible Cultural Heritage (ICH) Award dari NHB.



Anugerah ini merupakan penghargaan yang mengiktiraf dedikasi pengamal Anugerah Warisan Budaya Tidak Ternilai Singapura atau ICH, dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kelestarian masyarakat terhadap ICH



"Sri Warisan dengan rasa rendah hati bersyukur di atas pengiktirafan berprestij.



"Dengan adanya geran ini ianya sebagai memberi semangat untuk anak - anak muda Sri Warisan bangkit dalam suasana Covid-19 untuk membuat pementasan Semarak Seni 2020 melalui alam maya," kongsi Cik Som Said dan menambah produksi ini merupakan produksi tahunan yang bertujuan memelihara, menyemarakkan dan memberi nafas baru kepada seni tari tradisional kita.



Semangat ini ternyata telah berjaya dipupuk di dalam hati anak muda, Cameron Bruce, 16 tahun, yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris, yang membesar mengenali budaya Melayu melalui penglibatannya di Sri Warisan semenjak umurnya lapan tahun setelah menerima galakan dari ibunya yang merupakan penari di bawah didikan Som Said.



"Saya suka tari anak kala. Ianya senang dan seronok," kata Cameron yang turut belajar angklung, kompang dan pernah menyertai gamelan melalui Sri Warisan.



Bagi si kecil, Ilham Mustaqim, 10 tahun, yang telah menyertai Sri Warisan semenjak 5 tahun lagi, bersama empat adik beradiknya yang lain, beliau berminat akan lagu dan gerakan dalam tarian.



Walaupun produksi terjejas dek tempoh pemutus rantaian, beliau bersama penari lain masih meneruskan latihan melalui aplikasi ZOOM walaupun katanya "lebih susah" lagi-lagi apabila sambungan internet terganggu dan ruang yang tidak seluas di rumah berbanding studio tarian.



Selain yang muda persembahan ini turut menampilkan gabungan yang padu para pejuang seni mapan seperti Encik Rawi Hamim, 61 tahun, yang telah melibatkan diri dalam bidang seni semenjak tahun 1970an dalam seni tarian, lakonan dan nyanyian termasuklah baru-baru ini seni Getai.



Kerana pengalamannya yang luas, beliau berpendapat, "Memanglah berbeza, orang-orang dulu kalau menari. (Produksi ini) ada tiga generasi.



Daripada yang senior hingga yang paling kecil. Memang berbeza sekali daripada kita yang menari dengan penuh perasaan, penuh jiwa.



Yang mana kalau saya menari saya hafal lagu itu bagi menghidupkan kita punya watak untuk menari dan untuk membuat persembahan yang baik."



Adel Dzulkarnaen Ahmad, 44 tahun, Pengarah Urusan Sri Warisan, berharap dengan gabungan tiga generasi ini, "Para penari senior dapat menurunkan (ilmu) kepada generasi muda dan warisan tarian Melayu kita dapat terus ke depan. Itu harapan kita."



Menjelaskan tentang persembahan bertajuk "7 Nilam", menurut Cik Nur Azilla Abdul Rahman, 34 tahun, penerbit bagi produksi ini, persembahan tarian yang memaparkan evolusi tarian Melayu akan diselang-selikan dengan kata-kata tentang adat Melayu lama yang perlu diingati, yang dipetik dari buku "Nilam- Nilai Melayu Menurut Adat" tulisan Muhammad Ariff Ahmad.



Terangnya,"Permulaannya kita ada sekilas tarian asas. (Tarian asas ini) setiap penari perlu tahu dan sedar bahawa contohnya kita bermula dengan asli dan kemudian ke inang, masri, zapin dan joget dan bagaimana ia berevolusi."



Anak kala dan Pak malau adalah antara sembilan rangkaian tari Melayu selain daripada tari dasar yang akan dipaparkan.



Persembahan satu setengah jam, yang melibatkan 80 penari dan kru belakang pentas ini, bakal dipentaskan di Hab Tampines Kita (OTH) dari 3 hingga 5 Disember di mana ia akan dirakam dan turut disiarkan dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >