Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga guru Bahasa Melayu terima Anugerah Guru Arif Budiman

Dec 19, 2020 | 01:56 PM



TIGA guru Bahasa Melayu telah menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini sebagai pengiktirafan sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.



Cik Elna Hussin daripada Sekolah Rendah Westwood, Cik Nur Syahirah Sa'adon daripada sekolah Rendah West View, dan Cik Siti Rohani Hanim Selamat daripada Sekolah Menengah Fuhua telah disampaikan anugerah tersebut di Edutorium di ibu pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) pada Sabtu (19 Disember).



Anugerah tersebut telah diberikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang hadir selaku tetamu terhormat.



Ketiga-tiga guru itu dipilih sebagai pemenang daripada seramai lapan finalis Agab tahun ini.



Cik Elna telah menerima Agab bagi kategori Teladan (bagi guru dengan lebih 10 tahun pengalaman) sementera Cik Syahirah dan Cik Rohani menerima Agab bagi kategori Perangsang (bagi guru dengan kurang 10 tahun pengalaman).



Acara penyampaian Agab tahun ini telah disertai sekitar 200 hadirin secara dalam talian menerusi wadah Zoom dan Facebook Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Agab dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan MLLPC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >