Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga hotel baru di Sentosa tumpu tarik lebih ramai warga tempatan

Oct 21, 2018 | 02:26 PM



SENTOSA, tarikan pelancong utama dan paling popular di Singapura, kini ingin menarik lebih ramai warga Singapura, yang membentuk hanya satu pertiga daripada 19 juta pengunjung ke sana setiap tahun. 



Tiga hotel baru akan dibuka di pulau tersebut tahun depan, yang menawarkan pilihan ‘staycation’ atau tempat menganjurkan acara khas yang lebih murah. 



Sekitar 90 peratus daripada bilik hotel di Sentosa tergolong dalam kategori mewah, menurut ketua eksekutif Far East Hospitality Arthur Kiong dalam sesi temu bualnya dengan The Sunday Times baru-baru ini. 



Demi mengambil peluang pasaran pertengahan, pengendali di sebalik jenama seperti Oasia dan Village memutuskan untuk melabur jumlah yang banyak di Sentosa dan membina tiga hotel di kawasan seluas 45,000 kaki persegi di Pantai Palawan, dengan tumpuan yang berbeza.



“Sentosa berjaya menarik pelancong sehinggakan timbul pemikiran di kalangan warga tempatan bahawa ia adalah tempat untuk warga asing, kami ingin menarik warga tempatan untuk kembali ke pulau itu,” kata Encik Kiong. 



Village Hotel, dengan sekitar 600 bilik akan ditumpukan untuk menarik keluarga dan mereka yang bekerja apabila ia dibuka nanti pada suku pertama tahun depan, bersamaan The Outpost Hotel. 



The Barracks Hotel, dengan 40 bilik mewah yang dibina dalam bangunan kolonial yang dipelihara, akan dibuka pada suku ketiga tahun depan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >