Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga individu ditahan tunjuk perasaan luar HQ MOE berkaitan isu LGBTQ

Jan 27, 2021 | 10:56 AM



TIGA individu telah ditahan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan awam tanpa permit di luar bangunan ibu pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) di Buona Vista semalam, kata polis dalam satu kenyataan.



Polis menambah bahawa ketiga-tiga mereka yang berusia antara 19 dengan 32 tahun, telah dibebaskan dengan ikat jamin pada sekitar 10 malam.



Mereka merupakan sebahagian kumpulan lima orang yang didakwa melakukan tunjuk perasaan pada sekitar 5 petang, dengan membawa papan nama yang menyatakan "#fix schools not students" (#betulkan sekolah bukan pelajar), "Why are we not in your sex ed" (Mengapa kami tidak ada dalam pendidikan seks anda), "How can we get A's when your care for us is an F" (Bagaimana harus kami dapatkan A jika penjagaan anda terhadap kami ialah F), "trans students will not be erased" (pelajar trans tidak dapat dihapuskan) dan "trans students deserve access to healthcare & support" (pelajar trans layak dapatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan sokongan).



Polis berkata apabila mereka tiba di tempat kejadian, hanya tiga orang masih berada di sana.



Aktivis mengenalpasti mereka sebagai Elijah Tay, Lune Loh and Kokila Annamalai.



Mereka telah diberi amaran untuk hentikan semua aktiviti itu kerana boleh dianggap melakukan kesalahan, namun amaran tersebut tidak diendahkan dan mereka meneruskan kegiatan mereka, menurut polis.



Siasatan lanjut sedang dijalankan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >