TIGA individu yang menjalani arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di hotel Mandarin Orchard Singapore, Orchard Road, disahkan positif Covid-19.
Disebabkan mereka datang dari luar negara, kes-kes tersebut dianggap sebagai kes import dan mungkin tiada kaitan dengan 13 kes positif lain yang kini dianalisis Kementerian Kesihatan (MOH).