Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga kelompok baru Covid-19 dikenal pasti di dormitori: MOH

Sep 02, 2020 | 11:21 PM



TIGA kelompok baru jangkitan Covid-19 dikenal pasti hasil siasatan epidemiologi dan proses jejak kontak yang dibuat Kementerian Kesihatan (MOH) bagi melihat jalinan antara kes baru dengan kes sebelum ini.



Dalam kenyataannya Rabu malam (2 September), MOH menjelaskan enam kes sebelum ini didapati berkait lantas membentuk kelompok baru di Changi Lodge II (80 Tanah Merah East Coast Road). Tujuh kes sebelum ini pula berkait dan membentuk kelompok baru di North Coast Lodge (51 North Coast Avenue).



Dua kes baru pula berkait dengan lima kes sebelum ini dan membentuk kelompok baru di Toh Guan Dormitory (19A Toh Guan Road East).



Sementara itu daripada 49 kes baru yang dikenal pasti sehingga 12 tengah hari Rabu (2 September), 43 kes melibatkan penghuni dormitori. 14 daripada mereka adalah kontak kes sebelum ini dan dikenal pasti status kesihatannya sewaktu tempoh kuarantin. Baki 29 kes pula dikesan menerusi ujian pemantauan seperti Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan buat pekerja yang menetap di dormitori dan mereka yang mempunyai tanda jangkitan pernafasan akut.



Manakala dua kes import melibatkan pemegang pas kerja atau permit kerja yang datang dari India dan Filipina, baki satu lagi adalah pelaut dari Indonesia yang dikesan menghidap Covid-19 setibanya di Singapura dari Indonesia pada 26 Ogos lalu. Beliau telah diasingkan ketika menanti hasil ujian dan kemudian dibawa ambulan ke hospital sejurus dikesan positif Covid-19.



142 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 75 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >