Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga kelompok yang perlu didekati Muis untuk atasi cabaran akan datang

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT tiga kelompok dalam masyarakat yang perlu didekati Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menangani cabaran masa akan datang, kata Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa.



Satu kumpulan ialah golongan konservatif yang mahukan Muis untuk menegaskan pendirian sebagai penguasa, satu lagi kumpulan pula golongan yang mahukan lebih banyak hak asasi manusia, termasuk yang menyokong hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).



Golongan ketiga ialah masyarakat arus utama, yang mungkin inginkan lebih banyak ruang dalam kehidupan keagamaan, termasuk dari segi pemakaian tudung misalnya.



Buat masa ini, dua kumpulan pertama itu masih berada di pinggiran masyarakat kerana suara golongan aliran utama lebih kuat dan menentukan nada amalan Islam di Singapura, kata Haji Alami.



"Kumpulan dominan ialah aliran utama. Tetapi saya tidak nafikan bahawa kumpulan di pinggiran itu mungkin akan berkembang dan menjadi lebih mendesak," ujarnya.



Namun, Muis mesti terus mendekati pelbagai golongan ini dan tidak menyisihkan mereka, tambahnya.



Dalam menjalankan tugas sebagai Presiden Muis selama ini, Haji Alami berkata beliau berpegang kepada prinsip untuk mendengar setiap pihak - tidak kira kawan atau lawan.



"Kawan kita ialah kawan kita. Lawan kita juga ialah kawan kita. Dalam erti kata lain, tiada pihak lawan bagi Muis. Kami perlu dekati semua pihak," ujarnya.



Beliau memberi contoh pengalaman beliau sendiri mendekati kumpulan yang enggan menerima sistem kewangan konvensional dan mahu menggunakan sistem wang dirham, misalnya.



Mengulas tentang pendekatan dengan masyarakat mengenai isu tudung baru-baru ini, Haji Alami berkata pendekatan tersebut perlu diimbangkan antara kaedah terbuka dan tertutup, kata Haji Alami.



"Dalam perbincangan terbuka, suara paling lantang yang akan menang tetapi suara paling lantang tidak semestinya idea atau huraian paling baik.



"Lebih baik untuk adakan perbincangan secara rasional dan harmoni, tanpa mengkompromi prinsip atau nilai," ujar Haji Alami.



Beliau akur media sosial juga merupakan wadah penting, dan Muis perlu terus memantau dan memberi respons kepada isu-isu yang timbul.



"Saya selalu percaya, apa-apa kritikan adalah bermanfaat, meskipun ia salah tetapi ia harus membawa kepada pemikiran lanjut.



"Kami tidak boleh respons kepada semua komen di media sosial tetapi daripada banyak maklumat, kritikan dan idea itu, kami perlu ambil bahagian yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara, dan mengusahakannya," tambah Haji Alami.




APA KATA ALAMI MUSA



TIDAK CEMAS ATASI KONTROVERSI



''Kami ada proses dalam Muis. Kalau ada sesuatu yang salah, ada proses untuk membetulkannya. Kalau ada pegawai yang buat kesalahan, kami ada proses untuk ambil tindakan. Kalau ada kelemahan, kami akur dan akan membuat pembaikan. Muis sudah mempunyai landasan kukuh. Kami tidak gentar atau cemas. Yang penting, kami mesti buat yang betul.''



PENDEKATAN ATASI KRITIKAN



''Kawan kita ialah kawan kita. Lawan kita juga ialah kawan kita. Dalam erti kata lain, tiada pihak lawan bagi Muis. Kami perlu dekati semua pihak.''



SAYA BUKAN 'YES-MAN'



''Saya bukan seorang yes-man. Jika terdapat sesuatu yang saya tidak setuju, saya akan katakannya, tetapi saya akan katakannya melalui saluran yang wajar.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >