Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS KERJA IPS: MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA

Tiga keprihatinan utama pascapandemik termasuk bantu rakyat tangani kenaikan GST

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



RAMAI warga Singapura percaya bahawa tiga keprihatinan utama yang harus Singapura beri tumpuan dalam melangkah ke hadapan dalam pascapandemik termasuk membantu rakyat menangani kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menyediakan sokongan kewangan segera kepada keluarga.



Keprihatinan yang lebih pragmatik ini mencerminkan bahawa rakyat merasakan perlunya untuk memenuhi keperluan sara hidup yang lebih mendesak daripada keprihatinan jangka panjang seperti memajukan Pelan Hijau, menurut para penyelidik dalam kajian terkini oleh Makmal Sosial Institut Kajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS).



Menurut dapatan, 48 peratus berpendapat bahawa negara ini harus fokus kepada usaha membantu rakyat menangani kenaikan GST dan 45 peratus pula percaya penting untuk sediakan sokongan kewangan segera kepada isi keluarga bagi menangani perbelanjaan harian, bil api dan perbelanjaan pendidikan di samping menyokong kanak-kanak dari keluarga memerlukan menerusi program.



Sebanyak 44 peratus responden pula berkata tumpuan harus diberikan kepada sokongan segera untuk perniagaan seperti menyokong mereka yang paling terjejas teruk oleh Covid-19 dan menggalak majikan menggajikan rakyat Singapura menerusi Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI).



"Dengan perang Ukraine dan gangguan rantai bekalan mendorong inflasi global, harga dijangka terus melambung.



"Walaupun tanpa faktor sekarang ini, menaikkan GST memang menjadi isu yang menjadi keprihatinan rakyat kerana khuatir mereka tidak dapat menangani harga lebih tinggi.



"Justeru, hampir separuh responden telah mengenal pasti sokongan perlu diberikan kepada warga Singapura sebagai antara tiga bidang utama yang negara ini perlu diberi tumpuan," terang laporan itu.



Dalam mengambil iktibar daripada pandemik ini, tiga pengajaran penting telah disuarakan oleh ramai responden.



Sebanyak 45 peratus berkata Singapura harus belajar bagaimana untuk menjadi lebih mendiri dalam memenuhi keperluannya sendiri dalam bidang utama dan memastikan khidmat dan bekalan penting sentiasa ada.



44 peratus berpendapat negara ini harus mempunyai kewangan kukuh, penjagaan kesihatan dan sistem lain dilaksanakan untuk menangani krisis seterusnya, manakala 38 peratus berkata, negara ini harus bersedia menghadapi krisis tidak dijangka dan tidak mudah berpuas hati.



"Umumnya, responden memilih pengajaran lebih pragmatik yang boleh dipelajari negara dan diperbaiki.



"Dua pengajaran utama mengenai berdiri sendiri dan mempunyai sistem kukuh merujuk kepada pilihan warga Singapura untuk mempunyai daya ketahanan berinstitusi yang lebih baik.



"Pengajaran ini adalah relevan bagi responden memandangkan cara Singapura menangani pandemik ini," jelas laporan itu.



Misalnya, apabila pandemik bermula pada 2020, seluruh dunia tidak bersedia menghadapinya dan Singapura terpaksa mencari pelitup muka dengan cepat kerana permintaan yang melambung.



Dengan penubuhan pasukan bertindak berbilang kementerian, bekalan pelitup dibawa masuk ke sini dengan cepat dan para penduduk menerima pelitup mereka termasuk pelitup percuma diagihkan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >