Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga kes baru virus Wuhan di S'pura; jumlah kini 10

Jan 29, 2020 | 07:45 PM



TIGA kes baru koronavirus Wuhan telah disahkan Singapura semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti di negara ini mencecah 10.



Ketiga-tiga kes terbaru itu melibatkan warga China dari Wuhan, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media pada 7.15 malam Rabu 29 Januari.



“Ini konsisten dengan penilaian kami bahawa lebih kes diimport akan dijangkakan dari wilayah Hubei. Kini tiada bukti bahawa terdapat penularan dalam masyarakat di Singapura,” kata MOH.



Kes kelapan dan kesembilan melibatkan pasangan suami isteri yang kedua-duanya berusia 56 tahun.



Mereka berdua warga China dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 19 Januari.



Mereka kini diwadkan dalam bilik pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Kes kesepuluh yang disahkan itu pula melibatkan warga China berusia 56 tahun.



Lelaki itu tiba di Singapura pada 20 Januari dari Wuhan, dan kini diwadkan dalam bilik pengasingan di NCID juga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >