SEBANYAK tiga kes virus Zika yang dijangkit di Singapura telah disahkan di Hemsley Avenue di Serangoon Gardens - kelompok Zika pertama di Singapura tahun ini.
Kesemua tiga kes dalam kelompok yang terbentuk kelmarin melibatkan penduduk di kawasan itu, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam satu kenyataan.