PENULARAN VIRUS WUHAN
Tiga lagi disahkan positif virus Wuhan, namun tiada penularan masyarakat
Tiga pesakit baru juga dari Wuhan, China
Jan 30, 2020 | 05:30 AM
TIGA lagi kes baru koronavirus Wuhan di Singapura telah disahkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti di negara ini mencecah 10 orang.
Ketiga-tiga kes itu melibatkan warga China yang datang dari Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.