Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga lagi pemandu saman SBS Transit berkaitan tikai bayaran lembur dan hari rehat

Dec 31, 2019 | 05:30 AM



TIGA pemandu bas memfailkan tuntutan mahkamah baru terhadap pengendali kereta api dan bas SBS Transit (SBST), dengan menyebut dakwaan sama seperti yang difailkan oleh lima pemandu lain September lalu.



Lapan pemandu SBST itu, kesemuanya diwakili peguam M. Ravi daripada Carson Law Chambers, mendakwa mereka dibayar kurang bagi lembur dan mereka perlu bekerja lebih seminggu tanpa hari rehat.



Encik Ravi memberitahu akhbar The Straits Times ketiga-tiga pemandu dalam tuntutan mahkamah terbaru itu, yang tuntutannya difailkan di Mahkamah Negara Selasa lalu, ialah warga Malaysia.



Kumpulan pemandu pertama terdiri daripada tiga warga Singapura dan dua warga Malaysia.



Perintah hadir mahkamah juga dikeluarkan terhadap SBST Selasa lalu.



Menurut dokumen mahkamah, kumpulan bertiga itu - Encik Huzainal Hussein, Encik Gan Kim Kiam dan Encik Thiyagu Balan - mendakwa bahawa SBST mewajibkan jadual kerja yang memerlukan mereka bekerja dari hari Selasa hingga Sabtu minggu seterusnya, sebelum diberi hari rehat pada Ahad dan Isnin berikutnya.



Ini bermakna mereka perlu bekerja 12 hari tanpa hari rehat, yang mereka dakwa bertentangan daripada apa yang maksudnya dalam surat pelantikan mereka.



Mereka menukil definisi seminggu di bawah Akta Pekerjaan, yang menetapkan satu minggu sebagai satu tempoh tujuh hari berterusan bermula pada tengah malam Ahad, untuk menyokong tuntutan mereka.



Mereka juga menukil Seksyen 36(1) Akta Pekerjaan, yang menyatakan setiap pekerja harus diberi satu hari rehat dalam setiap minggu, yang boleh pada Ahad atau hari lain yang ditentukan oleh majikan.



Para pemandu itu berhujah bahawa tujuan bahagian Akta Pekerjaan ini ialah mengelak pekerja daripada perlu bekerja lebih tujuh hari tanpa rehat dan "tengah malam Ahad" sepatutnya ditafsirkan sebagai tengah malam hari rehat yang diberi.



Setelah kumpulan pertama lima pemandu itu menyaman SBST, pengendali pengangkutan itu merujuk beberapa syarat perjanjian bersamanya kepada Mahkamah Timbang Tara Perusahaan (IAC) untuk ditafsirkan.



Satu perbicaraan diadakan bulan lalu, tetapi mahkamah tidak mendengar tuntutan pemandu itu.



Setelah perbicaraan tersebut, presiden IAC, Hakim Chan Seng Onn, mengeluarkan keputusan bertulis yang menyatakan perjanjian bersama itu tidak melanggar Akta Pekerjaan, tetapi beliau menyatakan bahawa bahasanya boleh lebih jelas untuk mengelakkan kekeliruan.



Dalam respons kepada pertanyaan, naib presiden kanan perhubungan korporat SBST, Cik Tammy Tan, berkata: "SBS Transit sangat berbangga dengan hakikat bahawa ia bukan mematuhi undang-undang sahaja, bahkan melakukan lebih daripada itu demi kepentingan kapten basnya.



"Kami akan tentu sekali membuat pembelaan daripada tuntutan itu dengan bersungguh-sungguh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >