Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga langkah jadikan S'pura lebih prihatin dan penyayang

Feb 20, 2017 | 06:27 PM



DALAM usaha menjadikan masyarakat Singapura lebih prihatin dan penyayang, Pemerintah hari ini mengumumkan beberapa langkah yang memberi sokongan kepada keluarga.



Membentangkannya semasa Belanjawan 2017 hari ini, Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa di Parlimen mengumumkan, pasangan yang ingin membeli flat jualan semula HDB, dan merupakan pembeli flat kali pertama, akan menerima lebih banyak geran.



Dalam hal ini, pasangan yang baru berkahwin boleh bersorak gembira. Geran Perumahan CPF telah ditingkatkan dari $10,000 kepada $20,000. 



Di mana sebelum ini geran dihadkan pada jumlah $30,000, Geran Perumahan CPF kini dinaikkan kepada $50,000 untuk mereka yang membeli flat empat bilik atau lebih kecil di pasaran jualan semula, dan $40,000 untuk mereka yang membeli flat lima bilik atau lebih besar. Perubahan ini berlaku serta-merta.



Bersama-sama dengan Geran Perumahan Tambahan CPF (AHG) dan Geran Dekat Rumah (PHG), pasangan juga boleh menikmati sehingga $110,000 dalam bentuk subsidi.



AHG memberi pemohon sehingga $40,000 untuk mereka yang meraih pendapatan isi rumah sehingga $5,000 sebulan, sementara PHG menyediakan sehingga $20,000 untuk mereka yang tinggal berdekatan ibu bapa.



Langkah ini akan menyebabkan Pemerintah menanggung kos tambahan sebanyak $110 sejuta setahun.



Sementara itu, pemerintah juga akan menggandakan pusat jagaan bayi kepada 8,000 menjelang 2020.



Ini adalah bagi memenuhi keperluan yang meningkat, kata Encik Heng.



Pada masa ini hanya 4,000 bayi - atau 8 peratus dari keseluruhan kanak-kanak di bawah usia 18 bulan dimasukkan ke pusat jagaan tersebut.



Ini sejajar dengan langkah pemerintah untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.



Sejak lima tahun lalu, pemerintah telah meningkatkan jumlah tempat di pusat penjagaan kanak-kanak melebihi 40 peratus kepada kira-kira 140,000 tempat.



Ini menampung kira-kira separuh kanak-kanak yang berusia antara 18 bulan sehingga enam tahun.



Pemerintah juga semalam mengumumkan kenaikan jumlah dermasiswa tahunan bagi pelajar yang mengikuti pengajian peringkat pascamenengah seperti di maktab rendah atau ITE.



Ia akan meningkat sehingga $400 bagi mahasiswa, sehingga $350 bagi pelajar diploma dan sehingga $200 bagi pelajar ITE.



Menurut Encik Heng, dermasiswa sedia ada "telahpun menampung lebih daripada yuran kursus" bagi pelajar ITE.



Kelayakan pendapatan bagi menerima dermasiswa yang ditawarkan akan juga disemak.



Kira-kira 12,000 lebih pelajar Singapura dijangka memanfaatkannya, menjadikan jumlah keseluruhan penerima mencecah 71,000 orang.



Dari segi jumlah dermasiswa, ia akan meningkat dari $100 juta kepada $150 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >