Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga lelaki diberkas, disyaki mengimport rokok tiruan

Jun 02, 2020 | 03:00 PM



POLIS telah menahan tiga lelaki, berusia antara 41 dan 49 tahun, kerana disyaki terlibat dalam mengimport rokok tiruan.



Menyusuli notis yang diterima daripada pemegang hak perdagangan, Kastam Singapura pada 20 Mac lalu telah merampas tiga bekas berisi rokok tiruan.



Dalam kenyataan bersama polis dan kastam hari ini, dinyatakan bahawa barang-barang tersebut telah diimport ke Singapura sementara menunggu untuk dieksport kembali ke negara lain.



Setelah disita, pemegang hak itu mengambil tindakan terhadap pengimport dan pihak lain dan prosiding sivil sedang berjalan. 



Kes itu juga dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID).



Pada 28 Mei lalu, pegawai CID melakukan serbuan serentak di pelbagai lokasi termasuk Punggol Drive, Hillview Ave, Jalan Asas, Teck Whye Lane, Clementi Ave 2, Ang Mo Kio Ave 5, Bedok South Ave 3 dan Beach Road, yang membawa kepada penangkapan mereka yang disyaki. 



Siasatan mendapati lelaki yang ditahan telah mengimport lebih dari 1.5 juta bungkus rokok tiruan dalam ketiga-tiga bekas, dengan anggaran nilai lebih $1.1 juta di jalanan. 



Siasatan sedang dijalankan.



Polis memandang serius pelanggaran hak harta intelektual, terutamanya berkaitan dengan barangan tiruan yang mungkin menimbulkan potensi risiko kesihatan.



Pengimportan dan pengedaran barang tiruan adalah kesalahan serius dan pihak Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap pelaku yang meraih keuntungan dengan menafikan perniagaan dan pengguna yang sah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >