Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Tiga lelaki didakwa bunuh stuntman USS pada malam Krismas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiga lelaki didakwa bunuh stuntman USS pada malam Krismas

Jan 07, 2016 | 12:16 PM

TIGA lelaki didakwa membunuh, dan seorang dituduh merusuh, pada Khamis (7 Jan), berkaitan kematian seorang lelaki Amerika Syarikat berikutan satu insiden di Circular Road pada malam Krismas tahun lalu.

Muhammad Khalis Ramlee, Muhammad Hafiz Hashim dan Muhammad Izzuandy Yusof, semuanya berusia 23 tahun, didakwa sengaja menyebabkan kematian Encik John Denley Nelson, seorang stuntman Universal Studios Singapore (USS) .

Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan pertuduhan.

Seorang lagi lelaki, Syed Muhammad Salleh Syed Salahuddin, juga 23 tahun, menghadapi tuduhan merusuh, dengan menjadi sebahagian daripada satu perhimpunan haram yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk Khalis, Haziq dan Izzuandy.

Kumpulan itu dikatakan menyerang lapan mangsa, termasuk Encik Nelson, 30 tahun.

Salleh menghadapi hukuman penjara hingga tujuh tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahan reman empat suspek itu selama seminggu di Divisyen Polis Central, dengan izin membawa mereka keluar untuk siasatan.

Kes mereka akan disebut semula pada 14 Januari.

Encik Nelson, yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat, datang ke Singapura pada 2009.

Beliau cedera parah selepas satu pergaduhan di luar sebuah kelab di Circular Road, dekat Mogambo Bar, pada awal pagi 24 Disember lepas.

Beliau meninggal dunia pada 1 Januari.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (6 Jan), polis berkata 14 suspek - 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 dan 42 tahun - ditangkap berkaitan kejadian itu.

Selain Salleh, sembilan yang lain telah didakwa merusuh.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3